Tuan Adrian Mikhail, seorang lelaki yang tegas dalam kerjanya. Sebagai pegawai tentera darat dia sentiasa memegang tanggungjawab dengan dedikasi. Tetapi sifat yang tegas mula goyah apabila dia dipaksa berkahwin dengan Aliya Batrisya, iaitu seorang gadis yang berjiwa pahlawan tetapi sifat kasarnya membuatkan Adrian tidak memandangnya. "Jangan sesekali engkau beritahu orang yang engkau tu isteri aku, faham?!" ~ Ad. "Macamlah aku nak sangat beritahu orang yang mamat kerek macam engkau ni suami aku?. Simpang 44 malaikat pun tak akan aku bagi tau la" ~ Aliya Aliya Batrisya, seorang gadis yang mempunyai kisah silam yang perit. Dari kisah silam itu dia lebih rela menerima syarat Adrian itu demi mengelak kisah itu berlaku. Trauma dia membuatkan dia tidak boleh mendekati Adrian. "Cubalah engkau tu sopan sikit. Ini bercakap pun macam nak bertumbuk" ~Ad "Kalau aku tumbuk engkau pun boleh, Mat. Mulut engkau macam longkang kau tahu?. Inilah lelaki nak yang sopan, ayu, pandai masak bagai tapi diri sendiri pun hampeh" ~Aliya. Tetapi sejak Aliya turut menyertai tentera darat, sedikit sebanyak dia melihat sifat Aliya. Lama-lama satu perasaan berputik. "Engkau dah gila sangat ni, Ad. No no no.. NO WAY!. Tak mungkin aku jatuh cinta, NO Way!. Lepas dia habis latihan, ingat sikit kami akan bercerai" ~Ad. Kehadiran Qayyum yang telah lama meletak perasaan pada Aliya membuat Adrian tercabar. Tetapi tidak kah dia perasan yang Aliya turut cintakan dia?. Kenapa Adrian tiba-tiba berubah layanannya pada Aliya?. Mampukah perkahwinan ini bertahan jika kedua-dua masih dengan ego masing-masing?. "Aku ceraikan engkau" atau "Aku sayang engkau"