"Nama budak perempuan dalam lif tu apa?" Soal Kapten Anas Fateh kepada Zarith tatkala mereka masuk ke dalam bilik hotel yang mereka kongsi bersama. "Budak perempuan yang mana satu, tuan? Kalau pakai seragam tentera udara tu, mata air saya, tuan. Tuan jangan macam ni..." Leftenan Zarith membuat bunyi teresak sambil menenyeh mata. Risau Fateh akan merampas buah hatinya. "Yang korang berdua tegur tadi tu la. Pakai seragam tu aku kenal." Seragam anggota Grup Gerak Khas dibuka dan digantung dengan cermat. Kalau lipat mahu baju lembap berbau busuk peluh. "Oh, Nama dia Fatehah Uzma... musuh dari lahir. Sekampung. Kawan sekolah menengah si Yusra." Dia bangkit dari lantai. Dahi yang tersujud ke lantai diusap perlahan. Mulutnya dimuncungkan. Sakit, tapi sendiri yang cari maut. ----------------------- Peristiwa Fatehah Uzma yang mengaku Kapten Anas Fateh sebagai tunangnya di hadapan khalayak ramai menyebabkan dia terpaksa menolong Kapten GGK tersebut ke majlis makan malam ATM. "Kenapa kau tak pernah sebut pun pasal Uzma?"- Kapten Anas Fateh "Dah tuan tak tanya." - Leftenan Muhammad Zarith Haikal "Tiga hari dia survived sorang-sorang dalam hutan tu."- Hunter "They've drugged my wife!"- Fateh "Aku benci kau, Anas Fateh!"- Fatehah Uzma "Selagi kau tak mati, kau tak akan hidup aman." -------------- Trigger Warning ⚠️ ⚠️⚠️ ADEGAN AKSI TANPA TAPISAN❗️❗️❗️ Jika anda mempunyai TRAUMA, anda dinasihatkan supaya tidak membaca cerita ini. Sebarang masalah yang timbul selepas membaca cerita ini adalah di atas tanggungjawab pembaca sendiri. Maaf atas kesulitan dan terima kasih.