Ha - Antara Kejahatan dan Kebaikan [Fantasy] • Updated every Friday and Saturday • Tapi kalau rajin Bulan update saja bila2 • 9.30 PM Sinopsis: Beris adalah sebuah pekan yang telah menjadi tempat lahirnya ramai golongan elit di Malaysia. Pekan itu berjaya menduduki tangga pertama dalam carta pekan paling aman dalam negara bahkan di dunia. Meskipun begitu kebanyakan penduduk Beris hidup mengasingkan diri mereka dan masyarakat luar tidak dibenarkan masuk ke dalam pekan tersebut. Alasan mereka adalah kerana mereka tidak mahu anasir luar mengganggu keharmonian Beris yang telah dipelihara sejak berdekad lama. Namun ada satu perkara yang tidak diketahui oleh penduduk dunia. Beris sebenarnya adalah sebuah negeri yang telah mengikat perjanjian dengan sebuah kerajaan dari alam ghaib. Apabila seorang bayi lahir di tanah Beris, seorang Ha juga lahir bagi mendampingi bayi tersebut. Nasuha adalah seorang gadis yang lahir di pekan Beris namun telah diusir keluar dari pekan itu kerana tidak memiliki Ha ketika lahir. Penduduk Beris menuduh Nasuha sebagai bayi yang telah diseludup masuk ke dalam pekan. Nasuha dan keluarga akhirnya keluar dari kota Beris setelah 7 tahun menghadapi tohmahan masyarakat. Namun genap usianya 24 tahun, satu perkara ganjil berlaku terhadap Nasuha. Seorang lelaki hadir di dalam hidupnya dan mengaku bahawa dia adalah Ha gadis itu. "Aku Hud. Ha kau. Selamat berkenalan Nasuha."