Ariana De' Moon hanyalah seorang gadis biasa sehinggalah ada satu keluarga datang ke rumahnya dan mengatakan dia adalah anak mereka yang hilang 19 Tahun lalu. Nak taknak, dia kena ikut juga mereka dan Ariana baru tahu bahawa keluarga kandungnya sebenarnya orang yang sangat-sangat kaya dan mempunyai aset serta puak sendiri. Tidak hanya itu, ibu kandungnya pandai-pandai padankan dia dengan seorang perempuan dari keluarga Watson untuknya sedangkan Ariana sudah bertunang dengan cinta hatinya. Tidak mungkin dia boleh ubah hati dia sesuka hati! Malah, tidak semua adik-beradik kandungnya sukakan dia lebih-lebih lagi adiknya yang pertama. Dia amat membenci Ariana malah sanggup buat apa saja asalkan tempat dia tidak dirampas Ariana. "Saya lebih rela hidup susah dari hidup dalam aset tetapi langsung tidak bahagia."- Ariana De' Moon Hidup Ariana berubah 180° selepas penemuan keluarga barunya dan dia tidak sukakannya. Hidupnya merana malah keluarga Watson yang dipadankan dengannya tidaklah sebaik yang diceritakan.