Seorang gadis yang selalu gagal dalam percintaan apabila seorang lelaki itu berkata kerana dia tiada masa bersama dengannya... Alangkah peritnya kehidupan ini apabila kita mencintai seseorang yang tidak mencintai kita. Malah, gadis ini tidak lagi mengenali apa itu erti "CINTA" dan juga "SETIA" Afrina Raisya seorang gadis sederhana tinggi yang berumur 23 tahun dan merupakan seorang gadis biasa, kehidupan yang bahagia akan tetapi kehidupannya menjadi suram semenjak seseorang yang istimewa di dalam hatinya meninggalkannya tanpa sebarang ucapan. Muhammad Al-Amin seorang jejaka tinggi lampai yang berumur 25 tahun dan merupakan seorang CEO di tempat kerja milik bapanya, kehidupan yang bahagia akan tetapi ada suatu rahsia yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa kecuali sahabat karibnya, Zayn Arshad dan bapanya sendiri. Apakah RAHSIA yang disimpan oleh seorang yang bernama Al-AMIN? Afrina Raisya- Seorang perempuan hanya ingin disayangi dan dihargai bagai seorang permaisuri tetapi bukan untuk disakiti. Muhammad AL-Amin- Bagi aku peluang untuk buktikan yang ada lelaki yang lebih baik dari yang kau pernah jumpai sebelum ni, Afrina. Afrina Raisya- Aku tidak lagi mempercayai atau mengenali erti "CINTA" dan "SETIA" Kerana perasan itu telah lama mati di dalam lubuk hati ini, Al-Amin. Adakah Al-Amin mampu untuk mempertahankan hubungan dan hak cintanya ke atas seorang gadis yang bernama Afrina Raisya, yang tidak lagi mengenali apa itu erti "CINTA" dan "SETIA" MAMPUKAH DIA? Muhammad Al-Amin- Marry me and you will know what means "LOVE" and "LOYALTY", OCEAN Namun kebahagiaan mereka tidak berkekalan lama, dan mereka mula ditimpa masalah apabila satu rahsia yang tidak diketahui oleh isterinya dan disembunyikan oleh Al-Amin mula terbongkar. Muhammad Al-Amin- Trust me and I will protect you until my last breath,Little Ocean. You are mine.