Celik saja mata, Tengku Puteri Elisya Margaret bertentang mata dengan Yose Jusuriph, seorang gadis kacukan yang sangat cantik dan merupakan muridnya di universiti. Yose yang memang sering diperhati Elisya sebelum ini senyap-senyap boleh pula ditempatkan di satu bilik kecemasan dengan Yose. Katanya, dia jumpa Elisya lemas dalam tub mandi di dalam pejabat sendiri. Elisya ada tujuan. Tujuan utama dia buka universiti bukan kosong malah penuh dengan matlamat. Sejak kematian adik angkatnya, Elisya berdendam dengan kaum lelaki dan disebabkan dia berdendam, dia tidak pernah menunjukkan dirinya yang sebenar kepada sesiapa kecuali kepada kawan baiknya, Tengku Puteri Talisha Malis. "Kalau dengan cara membalas dendam buat awak bahagia, saya sokong." -Yose. "Sokong? Awak nak bantu saya?" -Elisya. Kehadiran Yose banyak membuka matanya agar teruskan hidup dan buat baik dengan semua orang. Malah, hatinya yang terasa mahu membunuh mulai lembut dek Yose. Kehadiran Yose bukanlah sesuatu yang sia-sia malah membuka lebih banyak cerita.