Ini, sebuah cerita tentang ketakutan. Kadangkala, ketakutan itu datang dari pemikiran sendiri. Manipulasi imaginasi yang dicipta oleh minda. Benda yang tiada, diada - ada. Benda yang ada, ditokok - tambah. Kadangkala, ketakutan datang dari jiwa yang rapuh dan resah. Keyakinan yang goyang dan kekuatan yang hampir hilang. Kadangkala, ketakutan itu memang dihantui oleh hantu tapi wujudkah ia? Ketakutan yang mana lebih menghantui jika manusia lebih hantu dari hantu itu sendiri? Ketakutan... Ada banyak punca dan pelbagai cerita. Mampu melemahkan tapi boleh juga memacu keberanian. *Cover, thanks to : @MrsSufi
10 parts