Kita spoiler sikit Dilay tengah tulis scene apa!
Story Naila❤️
"Kalau ayah masih berkeras nak teruskan perangai macam ni. Nai akan buat benda yang sama macam mak Nai dah buat."
Kakinya letak semula ke bawah, tidak jadi melangkah. Kepala tidak menoleh. Hanya mahu menangkap bait butir bicara yang kedengaran lelah itu sahaja. Entah kenapa, dia pula sakit hati mendengar ayat perit daripada anak yang dia suka rendahkan itu.
Naila mendekati ayahnya perlahan-lahan, setiap langkah seolah-olah dipenuhi duri menikam bawah kaki dia.
"Ayat tu mesti yang ayah fikirkan sekarang lepas Nai luah, kan? That's wrong! I will better going to die than stay with same house with person like you. Nai tak nak ikut perangai buruk macam mak dan ayah." Hambur Naila sekuat hati kemudian berlari kencang melepasi lengan ayahnya yang sudah tercengang habis. Tangannya tidak teragak-agak ingin mencapai lengan kecil itu namun pantas sahaja Nai menepis kuat.
"Buat apa Nai jadi anak sempurna kalau... ayah dia tak pernah bangga dengan keputusan anak sendiri?" Itu ayat terakhir Naila sempat diucapkan sebelum ditelan kegelapan malam di luar rumah.
~♡~
*tarik nafas* hmm macam tak cukup pain lagi ni hmmm