T U L I S.

Mengapa aku pilih untuk menulis?

Sebab dengan menulis --
Aku dapat membongkar segala isi hati.

Dengan menulis,
Aku bebas bermonolog sesuka hati.

Dengan menulis,
Aku dapat bercerita sepuas-puasnya.

Dan kenapa menulis?
Kenapa tidak luahkan saja segala isi hati melalui butir bicara?

Aku --

Memilih rancak menulis di lembaran warkah,
Kerana dunia nyata menjadikan aku seorang yang bisu dari banyak berkata-kata.

Serius!

Terkadang kita mengharap akan hadirnya manusia di sisi,
Supaya dapat dengar segala curahan serta luahan,
Tapi masih bisa belum memuaskan hati.

Jadi aku ambil inisiatif lain,
Dengan cara ini bikin aku puas,
Puas menghamburkan segalanya melalui bait-bait aksara yang disusun.

Tak ada rancang nak keluarkan buku sendiri?

MasyaAllah, subhanallah😂😂
Tak pernah terfikir dek akal,
Kerna aku cuma menulis untuk diri sendiri,
Dan disampaikan kepada semua dengan harapan akan ada yang terima secebis ibrah,
Supaya boleh diguna pakai pada masa yang mendatang.

Sedari aku akan suatu hakikat,
Masih banyak benda yang perlu aku pelajari,
Aku cuma picisan yang masih lagi bertatih dalam bidang ini.

Doakan aku,
Ya, aku perlu doa-doa dari kamu semua.

Juga aku butuh sokongan serta kekuatan daripada kamu-kamu semua.

Terima kasih kerana terus menyokong,
Menyokong tanpa jemu.

Terima kasih kerana --
Menjadi bahagian yang terindah,
Dalam kehidupan seorang gadis ini.

Terima kasih🍂♥
  • JoinedNovember 1, 2017



Last Message
barlilemon barlilemon Nov 03, 2021 02:19PM
Wattpad mmg tengah problems ke? Aku nak publish next chapter pun x boleh3/11/2021
View all Conversations

Stories by sejenishuman
HATE LOVE ✔️ by barlilemon
HATE LOVE ✔️
Woi dah buat salah nak blah macam tu je? - Syed Iskandar Saya bukan sengaja pun nak datang lewat. - Nurul Izz...
+1 more
JOM BERTEKA-TEKI {C)✅ by barlilemon
JOM BERTEKA-TEKI {C)✅
Teka teki adalah salah satu cara yang terbaik untuk menguji minda serta menghiburkan rakan-rakan anda. Koleks...
ranking #3 in jenaka See all rankings
BEGITU INDAH TAKDIRNYA (Complete ) by barlilemon
BEGITU INDAH TAKDIRNYA (Complete )
Aku sedar, aku harus menghadapi semua kemungkinan. Hubungan baikku dengan Affham Zafri tidak mampu menjamin...
ranking #629 in kahwin See all rankings
1 Reading List