BAB 9

7K 529 84
                                    

"Kak Erin!"

"Abang Edrian!"

"Kak Erin bila sampai!"

"Kitorang rindu Kak Erin dengan Abang Edrian!"

Riuh pagi itu apabila warga Mahligai Zaaba menyedari kehadiran Erina dan Edrian. Masing2 sibuk berkerumun di sekeliling mereka.

Dhia, Izzati, Harith dan Lokman, pelajar sekolah menengah yang merupakan warga Mahligai Zaaba yang paling tua selepas Erina juga terkejut melihat pagi2 buta lagi Erina dan Edrian sudah berada di situ.

"Hmm, akak datang guna pintu doraemon. Tu yang cepat sampai." Balas Erina.

Ayah Daud hanya menggeleng mendengar jawapan Erina. Sebenarnya Erina tak tahu macam mana dia nak terangkan pada budak2 tu.

'Abang Edrian korang ni haa, buang tebiat nak balik malam tadi'. Takkan nak cakap camtu pulak kan.

"Wahhh bestnyaaa! Kitorang nak guna jugak pintu doremon tuuu!" Pinta kanak2 yang lain.

Erina hanya mampu ketawa. Alahai, apa aku nak jawab ni. "Doraemon dah ambik balik. Nanti ada rezeki dia datang lagi, ok. Dah, dah. Jom sarapan, akak dah masak."

Kanak2 itu mengeluh kerana tidak dapat berjumpa Doraemon namun masing2 akur menuju ke dapur untuk bersarapan.

Mereka juga menarik kedua tangan Edrian dan bercerita itu ini. Lelaki itu memang agak popular di kalangan kanak2 di Mahligai Zaaba itu kecuali Rashdan (atas sebab tertentu). Edrian hanya melayankan saja memandangkan dia mahu menjaga imej di depan Ayah Daud.

"Akak ni, bila masa akak balik sebenarnya?" Soal Dhia sambil memeluk lengan kiri Erina. Izzati pula berada di sebelah kanan Erina. Mereka merupakan warga Mahligai Zaaba yang berumur 16 tahun.

"Kan akak cakap akak guna pintu doraemon?"

"Alaa, akak mesti balik malam tadi kan?" Tebak Izzati.

Harith yang berumur 15 tahun pula berada di belakang mereka. Dia hanya diam tidak berkata apa2.

"Haah memang pun. Sudahnya, akak yang kena marah dengan Ayah sebab balik lewat malam." Rungut Erina.

Dhia dan Izzati hanya mampu ketawa melihat Erina tidak puas hati.

"Eh, Lokman apa cerita, kak? Dia sihat ke?" Soal Dhia apabila dia teringat tentang lelaki yang seperti abangnya sendiri itu.

"Haritu baru dia telefon akak. Alhamdulillah dia sihat. Seronok belajar kat tempat baru katanya." balas Erina.

Lokman yang berumur 18 tahun sedang melanjutkan pelajaran di kolej matrikulasi berkat keputusannya yang baik dalam SPM.

Setiap bulan Ayah Daud akan mengirimkan duit kepadanya walaupun Lokman mendapat elaun.

Edrian juga ada memberi duit untuk perbelanjaan Lokman. Namun, sekali saja lelaki itu memberi duit kepada Lokman kerana Lokman sendiri yang menolak. Mana tidaknya, jumlah yang Edrian beri sekali itu cukup untuk Lokman belajar selama setahun. Terlalu banyak.

Erina dan Ayah Daud sudah memberitahu Edrian bahawa lelaki itu tidak perlu menanggung perbelanjaan Lokman namun Edrian yang berkeras mahu membantu.

Bagi Ayah Daud, dia terharu dengan kebaikan Edrian. Bagi Erina pula, dia tahu Edrian hanya berlakon demi menjaga imej sucinya. Erina tak mahu terhutang budi lagi dengan Edrian.

*   *    *

"Abang Edrian jom la!"

"Jom la, Abang!"

"Pweaseee~"

Edrian hanya mampu mengeluh kecil apabila Naufal, Irfan, Julia, Sayyan dan Amira yang masing2 berumur 8 dan 9 tahun, mengerumuninya di ruang tamu.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now