part 3

6.4K 53 0
                                    

Dua bulan seterusnya.

"Hasif jaga diri baik baik tau . Mama dengan papa tak lama pon dekat US . Jaga Hairi elok elok tau" kata mama sambil menahan sebak

Ye mama dengan papa aku outstation for 1 year dekat US . Hal kerja . Sedih . Hiba . Itu perkataan yang aku gambarkan . Aku cuma memikirkan nasib aku selama satu tahun ni hm .

"Ouh tentang transport nak pergi sekolah , mama dah pesan dekat Mak Limah untuk tolong hantar kamu ke sekolah" pesan mama sebelum aku dan mama berpisah untuk satu tahun .

Aku akui . Aku sangat rapat dengan mama . Aku tak pernah berjarak jauh dengan mama . Orang akan cakap aku ni 'anak mak' . Habistu takkan la anak kambing lak ?

Mata aku dan Hairi tertumpu kepada kereta Pak Cik Izul , kawan papa aku yang menghantar mereka ke KLIA . Kalimat selamat tinggal amat perit untuk aku ucapkan tapi nak taknak aku kena terima .




Selepas 5 jam papa dan mama pergi , aku masih terperuk dalam bilik . Aku ni jenis orang yang ambik masa sikit untuk terima ekosistem baru . Serious aku bosan gila . Harini hari sabtu . Hm nak call Hasif takut mengganggu lak . Tapi tu la bosan aku ni takleh bawak bincang dah beb . Terpaksa gak la aku call mamat tu nk tanya dia buat apa .

"Hello Hadif , kau buat apa ?"

"Hello ha Hasif . Panjang umur kau . Aku baru nk call kau . Nak ajak keluar . Ada hal kejap ." Jawab Hadif

"Ha cantek ! Pukul berapa kau nak keluar ?"tanya aku .

"Dalam pukul 3 camtu . Kau free kan ?"

"Ofcourse aku free . Kau tahu tak aku bosan gila nak mati dah ni . Dah la mama dengan papa aku pergi US harini hm" jawab aku

"La harini ke ? Ha ok takpe takpe . Kejap lagi aku ambil kau , okey ?"

"Okey je Hadif"

Aku kerling jam . Oh baru pukul 1 petang . Hm lamanya nak pukul 3 pon . Aku turun bawah untuk check keadaan Hairi . Aku ketuk  dan buka pintu bilik Hairi . Nampak leka dia main phone.

"Wey Hairi"

"Ha kenapa ?"

"Kau lapar tak ?" Tanya aku kepada Hairi

"Lapar la gak . Abang nak order makanan ke ?"

"Ha ah . Jap aku check foodpanda . Eh kau nak ikut abang tak pergi keluar dengan kawan abang ?"

"Em takpe la bang . Dok rumah je kot . Petang japlagi Erman ajak lepak padang "

"Ha takpe la kalau camtu"





Setelah selesai makan dengan Hairi , aku tengok jam . Dah pukul 2.15 . Mamat ni aku dah kenal sangat perangai dia . Kalau bab masa , fuh straight gila mat . Kalau kata pukul 3 , pukul 3 tu jugak dia sampai . Aku cepat cepat naik ke atas untuk bersiap . Aku kenakan baju tshirt hitam dengan seluar slack colour kkaki . Tak lama lepastu , aku terdengar bunyi hon . Aku tengok jam dekat phone aku . Memang betul beb . Pukul 2.59 petang dia sampai . Aku masuk ke dalam kereta dia .

"Kau nak bawak aku pergi mana ni ?"

"Ni ha aku nak hantar document document ni dekat pejabat arwah daddy aku"

"Ooooo"

Hadif terus meluru ke pejabat yang dimaksudkan . Setibanya kami di destinasi , tersergam indah bangunan pencakar langit yang menempatkan berbagai syarikat di dalamya . Hadif mengajak aku masuk ke dalam bangunan tersebut . Hadif dan aku masuk ke dalam lif . Hadif menekan butang tingkat 15 . Setelah terbukaknya pintu lift , Hadif terus meluru masuk ke sebuah pejabat . Aku hanya menuruti Hadif dari belakang .

My Gay Partner Is Rich Boy Where stories live. Discover now