<2>

35 2 20
                                    

"Hani! Telefon kau bunyi!"

"Kejap!" Hani berlari anak masuk ke ruang tamu. Bakul baju diletak tepi sofa. Telefonnya baru berhenti berdering dicapai.

20 missed call from Aa mak 💕

3 missed call from Aa abah 💕

Berkerut dahi dia. Ada hal urgent ke? Tanpa membuang masa kenalan dibuka dan dicari contact nama ratu hatinya.

Baru jarinya ingin menekan nombor berikut telefonnya berdering nyaring. Terkejut dia. Nasib tak terpelanting handphone.

"Assalamualaikum mak."

"Haa waalaikumsalam. Baru nak angkat! Dari tadi mak call kenapa tak jawab?" Soal Puan Haslina garang. Bengang anaknya lewat mengangkat panggilan.

"Handphone dekat ruang tamu, angkat kain kejap tadi."

"Malam-malam baru nak angkat kain. Sejuk baju tu nanti." Sempat Puan Haslina membebel. Hani hanya redho.

"Hmm ni mak call ada apa?" Ujarnya menukar topik.

"Selasa depan kakak free?"

Hani jongket kening. Selasa? Mata menoleh sekilas pada kalendar yang tersangkut di dinding.

"Tak tahu lagi. Kenapa? Mak nak buat kenduri ke?" Hani duduk disofa melepas lelah. Tangan mengibas muka. Malam pun panas.

"Haah. Mak nak buat doa selamat sikit."

"Untuk siapa?"

Nia dan Widad datang dari dapur. Masing-masing memaparkan riak siapa-call-?

Hani membuka mulut tanpa suara. 'Mak aku.' Nia dan Widad mengangguk faham. Mereka mengambil tempat di bawah. Bakul baju tadi dicapai dan dituang dihadapan. Masing-masing mengambil sehelai dan dilipat sambil menonton K-drama yang terpasang.

"Adalah. Kakak balik je. Bawak baju lebih." Arah Puan Haslina mendatar. Suaminya disebelah dijeling sekilas. Encik Fawaz hanya selamba membaca surat khabar. Sesekali kopi dimeja sebelah dicicip perlahan.

"Macam lama je? Mak nak buat apa-apa ke?" Soal Hani pelik.

"Kakak kan dah lama tak balik. Apa salahnya duduk sini lama sikit?"

"Hmm InSyaAllah. Nanti kalau kakak tak dapat cuti kakak inform mak awal."

"Halah kalau susah sangat biar mak call je paksu kakak tu mintak cuti seminggu. Lagi pun nanti dia pun ada." Cadang Puan Haslina selamba. Takut adiknya tidak memberi pelepasan cuti kepada anaknya.

"Eh mak tak payahlah. Biar kakak sendiri cakap dengan paksu." Cepat Hani membantah. Tidak mahu masuk campur hal peribadi dan kerja.

"Haa nanti ajak sekali kawan-kawan kakak tu. Apa nama diorang? Aaa haa Widad dengan Nia." Hani memandang dua rakannya yang masih leka menonton drama Crash Landing On You sambil melipat baju. Untuk seketika dia mengangguk.

"Nanti kakak bagitahu Widad dengan Nia. Tapi tak janjilah diorang boleh ikut sebab masing-masing kerja."

Nia menoleh. Terdengar namanya disebut Hani. Kening dijongket ke arah Hani yang juga masih memandangnya. Tangan diangkat sebagai tanda 'kejap'. Nia mengangkat bahu dan menyambung aktivitinya. Manakala Widad masih setia menonton televisyen tanpa gangguan. Dia tu memang hantu drama korea.

Cer alih tukar channel lain. Tak sampai seminit memang terbang meja sebelah dia tu.

"Takpe. Mak tak kisah cuma yang penting kakak tu. Balik ye?"

Ikatan Tanpa BicaraWhere stories live. Discover now