<14>

79 2 0
                                    

"Nia!"

Gadis yang baru berdiri di depan pintu terkejut. Baru nak bukak kasut tiba ada orang jerit nama. Rumah kosong. Bulu romanya mula menegak. Betul ke rumah aku ni?

Dengan langkah bismillah dan ayat kursi pintu ditolak perlahan. Beberapa saat kemudian keluar Widad dari arah dapur. Nia mengeluh lega.

"Awal kau balik harini? Mana kereta kau?" Tanya Nia. Dia perasan ada segaris senyuman menghiasi wajah Widad. Eh?0

"Pengetua sekolah aku bagi balik awal sebab pointer SPM tahun ni naik mendadak. Kereta aku kat bengkel. Rosak." Jawab Widad satu persatu.

"Asal kau tak call aku?"

"Line takde masa tu. Ni pun abe korea aku yang hantar." Senada. Ada senyuman lebar di wajah seorang guru itu.

Mata Nia terbuntang. "Dia kat sini?! Malaysia?"

"Kejap je. Esok dia dah balik. Ni pun dia fly sini sebab ada kerja." Kata Widad. Nia mencebik.

Patutlah dari tadi nak tersengih je. Rupanya buah hati balik Malaysia.

"Ha kau tadi jerit nama aku mana tau aku dah balik?" Tanya Nia seraya menukar topik.

"Instinct."

"Banyaklah kau."

Widad tergelak. Air teh di tangan dihirup tenang. Nia hanya menggeleng. Dah jumpa kekasug hati memanglah happy.

"Malam ni teman aku." Ujarnya tiba-tiba.

Nia yang baru membuka pin tudung menoleh. Kening sebelah dijongket.

"Pergi mana?"

"Aku kena pergi annual dinner."

"Annual dinner sekolah kan? Tak naklah. Nanti kena duduk dengan budak-budak." Nia menggeleng laju. Tak nak aku duk ngan budak-budak. Nanti kena ayat. Malas!

"Bukanlah. Ni annual dinner pakcik aku punya company."

"Bukan pakcik kau dekat Jepun ke?"

"Memang adik-beradik mak aku dua orang je." Widad menjeling sekilas.

"Manalah aku tahu." Omel Nia perlahan.

"Ikut tau." Pujuk Widad.

Nia masih menggeleng. "Aku tak ada bajulah."

"Haa siap cepat. Aku belanja kau sehelai." Selamba. Dia menghirup air teh tenang.

"Serious?!" Jerit Nia. Tubuhnya dari berbaring terus tegak.

"Yehh. Pergi cepat. Lima minit kau tak turun cancel."

Tak menunggu Nia terus berlari ke tingkat atas. Rezeki jangan ditolak!

▪▪▪▪▪▪▪

"Sebenarnya ni majlis apa?" Soal Nia sambil menyuap cendol ke dalam mulut. Sedap pulak eh dah dua kali tambah.

"Perasmian syarikat baru. Ni yang ketiga kot tak silap." Kata Widad malas. Matanya melekat pada skrin telefon. Tengok k-drama lagi best!

Ikatan Tanpa BicaraWhere stories live. Discover now