Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku duduk di rumah bersama dengan Chaerin. Nasib baiklah hari ni aku off day so boleh la tolong jaga anak kat rumah.
"Mummy..."
Aku menoleh dan kelihatan Chaerin baru sahaja bangun dari tidur.
"Yes sayang?" soalku lalu mendepakan tangan. Dia terus berjalan ke arahku lalu memelukku erat.
"Kenapa?" soal aku lagi.
"Mummy bila nak bawak Rinnie jumpa daddy?" soal Chaerin sambil mendongak melihat wajahku. Mula la aku rasa bersalah. Sejak dia berpisah dengan ibu bapa termasuk Seungmin, dia langsung tak pernah jejak kaki ke Seoul.
"Hurmmm bila mummy dah ready, mummy akan bawak Rinnie okay?" soal aku lagi. Dia hanya mengangguk dan sambung memelukku erat.
Kesian kat Chaerin. Selama 4 tahun dia hidup di muka bumi, dia tidak mengenali ayahnya. Dia cuma mendengar cerita dari aku je.
Tiba ii, telefon aku berdering. Ternyata dari appa. Aku pon mengangkat telefon.
"Hello appa?" soal aku.
"Hi Chae. Macam mana keadaan kamu dengan cucu papa tu?" soalnya.
"Kami kat sini sihat je appa. Kenapa appa tiba ii call Chae ni?" soal aku.
"Hurmm boleh tak kita berjumpa sekejap? Datang kat company appa then." kata Tuan Park. Aku mengetap bibirku kuat. Kalau aku pergi sana, mestilah aku akan jumpa directly dengan Seungmin.
Aku tak ready nak hadap dia...
"Urmm tak boleh ke kalau kita jumpa kat luar, appa?" soal aku.
"Tak boleh sayang, appa ada kerja kena selesaikan. Lagipon appa teringin nak jumpa kamu dengan cucu appa tu." kata Tuan Park lagi. Aku hanya mengeluh.
"Baiklah appa. Chae akan kesana dengan Chaerin. See you there." kata aku lalu mematikan panggilan.
"Kenapa mummy?" soal Chaerin.
"Rinnie, pergi bersiap. Kita akan jumpa haraboji dekat company okay?" kata aku lagi. Chaerin hanya mengangguk lalu pergi untuk bersiap.
Aku berjalan ke dalam bilik untuk bersiap. Aku harap semuanya berjalan dengan lancar.
Setelah kami selesai, kami pon pergi ke JYP Entertainment untuk berjumpa dengan appa. Rasa takut dan janggal pada masa yang sama.
Setelah aku tiba di JYP Entertainment, macam biasalah aku akan dihalang oleh security di sini untuk mengenal pasti identiti aku.
"Selamat datang, Puan Park. Puan dibenarkan masuk." kata security di situ. Aku pon masuk ke dalam company dan park kereta aku.
Aku melihat ke arah tempat duduk penumpang, Chaerin sedang nyenyak tidur.
"Rinnie bangun. Kita dah sampai ni sayang." kejut aku. Dia tersedar dari tidur.
"Dah sampai mummy? Wahhh besarnya." kata Chaerin. Aku hanya tersenyum dan keluar dari kereta bersama dengan Chaerin.