♡̸ ҉────── TWELVE

137 12 115
                                        

Mereka pon dikahwinkan dengan idola mereka. Ada yang sudi bertanggungjawab dengan apa yang jadi pada mereka dan mencintai antara satu sama lain. Ada jugak yang bertanggungjawab tapi hidup mereka biasa aja. Ada yang berasa janggal dalam rumah tangga dan ada juga yang merasa beban rumah tangga.

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Aku bangun dari tidur

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Aku bangun dari tidur. Aku meneran kesakitan. Terasa sakit selepas apa yang terjadi malam tadi. Aku menoleh ke arah anakku yang lena tidur di atas pehaku.

Setelah aku kahwin dengan lelaki yang aku anggap comel tapi hakikatnya dia ialah setan yang bertopengkan manusia, hidup aku dan anak ii aku sengsara.

Setiap hari mesti akan terdengar tangisan puteri ii ku akibat dipukul. Aku tak sanggup jadi aku dengan sukarelanya tawarkan diri. Sebagai seorang ibu, mestilah lindungi anaknya, betul?

Aku dipukul dengan tali pinggang. Kadang ii rotan jugak. Perit memang perit tapi aku kena tahan dan sabar apa yang terjadi.

"Rara, Riri bangun." kejut aku. Mereka membuka mata perlahan.

"Mama, mama sakit?" soal Rara. Aku menggelengkan kepala.

"Mama okay je. Jom mandi nanti lepas mandi, mama letakkan ubat kat luka kamu, okay?" soal aku. Mereka hanya mengangguk lalu pergi untuk mandi.

Walaupon aku dah berumah tangga, aku tidur berasingan dengan Lino. Hmmm memang taklah dia nak tidur sama ii dengan perempuan yang dia anggap macam sampah.

Tiba ii, aku dapat panggilan dari chief.

"Hello, chief." jawab aku.

"Mina, hari ni kamu masuk kerja tak? Kamu dah seminggu ambil leave. Kamu okay?" soal chief. Aku mendiamkan diri. Sejak aku kahwin ni memang susah aku nak pergi ke tempat kerja. Kerisauan aku terhadap Rara dan Riri melanda.

"Urmm maaf chief saya rasa saya akan berhenti kerja sebab saya susah nak masuk kerja sekarang." kata Mina. Walaupon aku berminat untuk bekerja di atas awan, tapi dengan keadaan sekarang ni memang payah sikit.

"Haih nanti hantar notis berhenti pada saya." kata chief tu. Setelah itu, aku pon matikan panggilan dan mengeluh perlahan.

Tiba ii, pintu bilik dibuka dengan kasar.

「 C 」SKZ AF; ❝Big Mistake❞Donde viven las historias. Descúbrelo ahora