Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku duduk di ruang tamu sambil termenung. Dia melihat ke arah Yunhee yang sedang bermain bersama dengan Yeoreum.
Dorang ni dah macam kembar. Bila dah duduk bersama tu memang takleh pisah.
Aku mengeluh perlahan sambil melihat gambar lockscreen aku iaitu gambar aku, Han dan Yunhee bersama.
Flashback
"Jiee cepatlah! Kita kena ambil gambar potret ni." kata Han lalu meletakkan Yunhee di tengah.
"Kejaplah. Bagi saya siap jap." kata Jiee.
"Sayang, awak dah cantik tu. Cepatlah." kata Han lalu menarik aku untuk duduk di sebelah kiri Yunhee.
"Mummy dah cantik dah." kata Yunhee lagi. Aku hanya tersenyum.
"Anak mummy pon cantik jugak." kata aku lagi lalu memandang ke arah kamera.
"Okay smile. 1,2,3."
CLICK!
"Candid time!" kata jurukamera itu.
"Okay!" kata Han lalu memeluk Yunhee. Aku hanya tersenyum lalu memeluk Yunhee jugak. Bukan main suka anak dara Han ni.
Banyak gambar yang kami ambil. Kami upah jurukamera itu pada masa yang sama untuk mengambil gambar kami menggunakan telefon bimbit.
"Gambar ni akan jadi gambar keluarga kecil kita." ucap Han. Aku hanya tersenyum dan mengangguk.
End of Flashback
Air mata aku mula mengalir. Tiba ii, aku mendapat panggilan dari Han.
Mulanya aku terkejut. Patut ke aku angkat panggilannya? Pada masa yang sama, rindu menggamit jiwa.
Aku pon mengangkat panggilannya.
"Hello?" soal aku lagi.
"Jiee..."
"Hurmm awak nak apa?" soal aku lagi. Tiba ii, aku mendengar suara tangisannya di hujung talian.
"Jiee, please come back to me. I'm sorry. Saya mabuk masa tu. Please Jiee. Awak kat mana?" soalnya sambil tersedu-sedan.
Kenapa aku jadi sakit bila mendengar dia menangis? Aku mengelap air mataku pantas.
"Han, please give me some time to come back. I'm sorry." kata aku lalu mematikan panggilan. Aku terus menangis di ruang tamu itu.
"Mummy..."
Aku dikejutkan oleh suara Yunhee. Dia yang berada dekat dengan aku terus memelukku.
"Kenapa mummy nangis?" soalnya. Aku memeluknya kembali.
"Mummy rindukan daddy?" soalnya lagi. Aku terus melepaskan pelukkan.
"Yunhee rindukan daddy?" soal aku lagi. Dia terus mengangguk.
YOU ARE READING
「 C 」SKZ AF; ❝Big Mistake❞
Fanfiction"Loving You is a Big Mistake for me." STATUS: Completed✅ START: 24/12/2020 END: 19/01/2021
