29 | umi uwais

317 67 14
                                    

Syed Ahmad Uwais Wazir

MATAKU kekal menunduk. Kertas yang terletak di atas meja itu langsung aku tidak pandang apatah lagi melihat walau sedikit.

Ustaz Khairi menanggalkan cermin matanya lalu pelipis diurut. "Mind to tell me, how can you get this mark?" Aku kekal senyap.

"Wais, kamu ni bukan daripada keluarga yang biasa-biasa tau. Kamu ni daripada keluarga Ustaz Syed Faliq Farhan. Kalau markah ujian penilaian Pendidikan Islam pun tak berapa nak bagus, kamu rasa apa reaksi daripada keluarga kamu nanti?"

"Sekurang-kurangnya saya tak──" Guru itu tersenyum sinis.
"Jadi kamu nak cakap yang gred B tu baguslah?" Mulutku terkunci. Aku tak faham. Bukan ke gred B tu dah cukup bagus? Bukannya aku gagal pun. At least lulus juga.

"Sudahlah, Wais. Malas saya mahu bercakap banyak. Berbuih mulut saya menasihati awak, namun semuanya bagai mencurahkan air ke daun keladi. Sia-sia."

"Kamu boleh pulang," aku bangun dari kerusi dan mencapai beg sekolah ku untuk dibawa pulang. Yeah. Aku kena tahan dengan ustaz sebab nak bincang pasal ni lah. Ahli Ultra yang lain dengan Aish masing-masing sudah pulang terlebih dahulu memandangkan aku yang suruh. Kesian pula kalau tengok diorang lama tunggu aku.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah menaiki bas, aku cuma berharap yang── umi belum pulang lagi. Sesampainya di rumah, kasut dibuka lalu salam diberi.

"Waa'laikumussalam, akhi dah balik?" Dua orang kanak-kanak perempuan berlari memelukku. Serta-merta, gusar yang melanda di hati sedikit sebanyak terusir saat mereka datang memelukku. Perkenalkan adik aku, Sharifah Nurul Umairah Habibah dan Sharifah Nurul Uzma Syauqina.

Namun, kegembiraan itu tidak lama setelah sepasang kasut yang amat ku kenali menjengah pandangan mata. "Erm Uzma, umi dah balik ke?"

Gadis itu mengangguk teruja. "Haah! Umi kata nak jumpa akhi di dapur!" Liur ditelan perit. Ah sudah. Mesti Ustaz Khairi bagitahu umi ni. Mampus aku. Lagi seram bila melihat umi yang sedang duduk di atas sofa sambil matanya menekur memandang lantai.

"Erm assalamualaikum umi," tangan umi dikucup. "Waa'laikumussalam anak umi. Duduk sekejap kat sebelah umi ni. Umi nak cakap sesuatu." Perghh dia punya aura duduk sebelah umi tu serius lain macam. Seramm dohh.

"Dengar cerita, ujian penilaian Pendidikan Islam kamu dapat gred B," jari jemari umi bergerak mengambil sesuatu yang berada di atas meja sebelum menyambung, "how can you get that mark, Uwais?"

Mulutku terkunci. Serius seram bila umi asyik belek belek je rotan yang panjang itu.

"I'm asking you, Syed Ahmad Uwais Wazir. How can you get this mark?" Aku nak jawab tapi bibir langsung tak beri kerjasama.

"Umi tanya ni Uwais! Macam mana kamu boleh dapat gred B dalam ujian itu?" Bahuku terhinjut. Terkejut mendengar tengkingan daripada umi.

"Kenapa kamu mesti malukan umi hah? Kamu tahu tak, dekat tempat kerja umi ramai dok tertanya kenapa anak sulung umi dapat gred sebegitu dalam ujian itu. Sudahlah ujian Pendidikan Islam. Malu tahu tak malu, Wais!"

"Bayangkan bila orang asyik kata, "apa lah, mak bapak ustaz ustazah anak sendiri entah apa-apa" apa yang kamu rasa Uwais? Apa yang kamu rasa?!" Kepalaku tertunduk. Umairah dan Uzma yang awal-awal tadi disuruh aku masuk ke dalam bilik pun sudah aku nampak mereka mengintai pergaduhan di antara kami ini.

Umi terduduk. Memegang pelipis yang semakin memberat dengan bebanan masalah yang aku beri. "Sudahlah. Pergi makan. Umi nak berehat jap." Kata umi sebelum melangkah masuk ke dalam bilik.

UltraWhere stories live. Discover now