56 | pindah rumah

77 14 0
                                    

SAYU Thariq memandang Rafael yang membawa keluar beg-beg pakaiannya masuk ke dalam perut van Sapee.

"Tak boleh ke kalau stay lama lagi kat sini? Bukannya mak ayah aku halau kau pun dari menetap di sini,"

"Tak manis lah pula kalau aku menetap rumah orang lama-lama. Dah Uncle Noah bagi aku kebenaran untuk tinggal kat rumah Ultra, apa salahnya kan?"

"Nanti aku rindu kau lah, Raff." Kata Thariq sambil tangannya mengusap kucing di pelukan.

"Alah kau sembang macam aku ni nak pergi luar negara. Setiap hari pun kita boleh berjumpa lah, Riq." Aku memandang mereka lama. Drama apalah yang si Thariq ni buat di awal pagi ni. Serius rasa nak maki. Jikalau diturutkan rasa hati, aku tak nak pun datang ke sini. Tapi tulah lahanat empat ekor tu suka memaksa aku. Katanya kalau aku tak ikut nanti Allah turunkan bala kat aku. Macam mana entah diorang tahu kalau aku tak ikut Allah akan turunkan bala kepada aku.

"Hei pak cik mak cik bila nak gerak kalau dari tadi macam ni je?" Thariq sekadar tersengih lalu bergerak meletakkan kucing di pelukannya di tempat yang sepatutnya. Kucing itu diusap perlahan sebelum dia berangkat menuju ke van.

"Abang Thariqq kenapa si Borhan ni suka sangat ikut ikut Aqil niii!" Untuk pengetahuan semua, Aqil tak takut kucing ya. Dia geli ni pun sebab kucing tu dok suka sangat dekat kat kaki dia. Jadi dia pun menjadi geli bila Borhan buat macam itu.

"Macamlah kau tak biasa," Thariq tertawa kecil melihat telatah tersebut.

"Memanglah dah biasa tapi masalahnya sekarang ni seluar aku ni paras lutut je! Geli mat bila bulu kaki aku bertemu dengan bulu Borhan. Eeeii!" Bulu kaki Aqil dilihat. Wah boleh tahan lebat juga ya bulu kaki dia. Walaupun muka nampak jambu tapi kaki masih jantan. Hoho.

"Kau tengok tu Raff, apekeheinya ler si Aish tu dok tenung kaki Aqil macam nak tembus tu." Lutfil menunjuk ke arah aku yang sedang fokus merenung kaki Aqil.

"Woi Aish tak ada kerja ke tengok bulu kaki orang?" Soal Rafael. Alamak! Kantoi pula yang aku tengok bulu kaki Aqil. Ketara sangat ke aku dok tenung bulu kakinya itu?

"Ohmaigod, Aishah! Kenapa kau tenung kaki aku macam tu? Aku sudah tidak dara lagi! Huwaaa!" Aqil berlari mengelilingi kenderaan Sapee nya itu. Apa entah kena mengena dara dengan hal ni. Aqil tu bukannya dara. Dia itu teruna. Tertukar jantina ke macam mana ni?

"Sudah, cukuplah tu Qil. Bila nak geraknya kalau kau terus berlari hah?"

"Hmm okey okey. Maaf." Kepalanya ditundukkan memandang lantai. Langkahnya laju menuju ke dalam perut van tersebut. Namun seorang Aqil tidak pernah sedar, yang sebenarnya pintu van itu belum dibuka lagi. Maka secara tragisnya, dahinya mencium pintu van tersebut lalu menyebabkan punggungnya selamat mendarat di atas jalan tar.

Aqil memandang sekeliling. Pandangan mata kami bertemu. "Hei Aish! Kau tengok je ke aku yang jatuh ni?"

"Habis tu, kau expect aku nak buat apa lagi?" Soalku sambil menyumbatkan kerepek kentang ke dalam mulutku. Dari pandangan sisi, aku boleh lihat yang Uwais nampak macam terliur je tengok aku makan. Tanpa berfikir panjang, aku beri sedikit kerepek itu secara sembunyi-sembunyi kepadanya. Ah, kesah apa aku dengan Puan Zainab. Aku sanggup tanggung risiko dimarahi oleh umi Uwais daripada melihat Uwais yang asyik terliur je dengan setiap makanan yang aku makan.

"Sampai hati kau kan, kau lupa ke dulu aku ni-" hmph malas aku nak dengar mamat tu mengungkit. Kerja mengungkit je setiap kebaikan yang dia pernah buat dulu. Apalah sangat kebaikan yang dia pernah buat tu. Setakat kutipkan lipas yang dah mati apalah sangat. Benda kecil macam itupun nak diagung-agungkan. Eleh.

Sekali lagi, Aqil tidak pernah sedar yang sebenarnya kami semua sudah berada dalam van tersebut. Lutfil yang berada di tempat duduk sebelah pemandu dah menghasut Thariq untuk mulakan sahaja perjalanan meninggalkan Aqil membebel seorang diri. Tetapi, ketahuilah bahawa untuk menghasut seorang Megat Muhammad Thariq Naufal amat sukar sebenarnya. Mungkin syaitan pun terpaksa panggil semua kroni dia untuk menghasut mamat ni seorang je.

Borhan yang mula bosan dengan keadaan sebegitu mula turun dari perut van. Dia melangkah mendekati Aqil yang sibuk mengomel itu. Wajah Aqil ditatap seketika sebelum lidahnya mula menjilat kaki Aqil yang berbulu itu.

"EH APA NI ASTAGHFIRULLAH AAAA!" Hampir sahaja Aqil memijak kucing tersebut. Mujur Borhan sempat untuk mengelak. Terus sahaja Aqil berlari masuk ke dalam van. "CEPAT GERAK WOI!"

"Nope until Borhan masuk balik dalam van ni." Membuntang mata Aqil dibuatnya. "WHAT, SERIOUSLY THARIQ? PLEASE NO." Buat seketika, aku mengambil masa yang agak lama untuk fahamkan apa yang Aqil cuba untuk sampaikan. Aku yang buduh dalam english or dia ni?

Borhan masuk sambil melompat terus ke atas riba Aqil. Budak pendek itu mula memberikan tindak balas drastiknya iaitu dengan mengambil kucing itu untuk dilemparkan ke luar tingkap. Thariq memandang Aqil tajam. "Try buat kalau teringin dicampak dari van." Kucing itu diletakkan semula. Terbantut terus niatnya ingin menamatkan riwayat kucing tersebut.

Sebaik sahaja tiba di tempat yang ingin dituju, kami pantas membantu Rafael meletakkan barang-barangnya ke dalam rumah.

"Aduh, bengkok pula tulang aku ini." Uwais mula mengaduh.

"Hek eleh. Baru angkat sikit, dah sakit belakang kononnya. Allah kata berdosa tau menipu." Selamba Aqil menyuapkan lollipop ke dalam mulut Lutfil. Member dahlah sibuk angkat barang banyak, lepastu si Aqil tu pula mengejut je sumbat lollipop itu. Tak memasal tercekik member di situ.

"At least, aku angkat juga kan barang. Daripada engkau, satu habuk pun tak angkat."

"Eh sorry sikit eh, aku tolong angkat kan Borhan, okeh? Jangan nak memandai." Setakat Borhan, adik aku yang tak pernah wujud pun boleh.

"Hm sudah-sudah tu gaduh nya. Meh duduk makan ais krim kat sini." Dengar je perkataan ais krim, mamat pendek tu berlari terus ke arah Thariq menunggu lelaki itu keluarkan ais krim dari peti ais.

"Orang yang tak banyak membantu boleh makan ais krim sikit je hari ni." Kata-kata daripada Rafael itu mengundang ketidakpuashatian daripada Aqil.

"Asal pulak?"

"Yelah kan orang lain dah bersusah payah angkat barang, kau duk relaks je kat situ sambil makan lollipop!" Celah Uwais.

"Lagipun, aku rasa hampir setiap hari kau dah makan ais krim. So why not hari ni kau reduce sikit makan ais krim itu." Aku turut mencelah.

"HAMPIR setiap hari, bukan setiap hari pun kan," kakinya menguis-nguis lantai sambil pandangannya ditundukkan ke bawah. Mataku naik menjeling.

"Yelah yelah, semua orang dapat ais krim dalam kuantiti yang sama. No racism." Mendengar kata putus Thariq, Aqil kembali tersenyum. Setiap permasalahan yang wujud, pasti ada Thariq yang selesaikan. Apa lah yang akan terjadi sekiranya lelaki itu tiada, ya?

UltraWhere stories live. Discover now