34 | fans

306 65 8
                                    

p/s: yang kat atas itu merupakan cover yang dilakukan oleh Thariq sehingga menjadi bualan ramai. bolehlah usha ye tengok apa yang menyebabkan pelajar SMK Baebun ini gila macam ni

PELAJAR-PELAJAR lain yang berada di sekitar aku perhati pelik. Mana tak peliknya, bila semua orang syok tengok handphone masing-masing lepas tu tersengih seorang diri. Kadang, terdetik juga di hati aku ini, adakah murid-murid di SMK Baebun ini disahkan gila?

Oh yeah buat sesiapa yang tertanya apa jadi kat Thariq semalam, dia secara volunteer nya blah daripada rumah aku. Walaupun ditegah berkali-kali oleh mama aku. Hmm sebab kenapa dia jadi bigfoot itu adalah kerana dia merasakan dirinya dikejar oleh seseorang namun malangnya secara tidak sedar dia telah jatuh terjelupuk ke dalam kolam lumpur yang berwarna coklat.

Ah cukup-cukup lah tu aku cerita pasal dia. Ini cerita aku. So cerita aku sahaja yang sepatutnya ada di sini. (acah gila minah ni nyampah lak aku)

"Wehh Aishh!" Intan menghampiri aku dalam keadaan nafasnya yang tidak teratur.

"Kau apa hal ni, Intan? Dah macam kena kejar harimau sahaja engkau ini."

"Wehh aku ada berita hot untuk kau!"

"Apa dia? Asalkan berfaedah sudahlah." Telefon bimbitnya dihulurkan kepadaku.

"Kau nak bagi aku free ke──"
"Otakhang. Cer kau tengok apa yang aku nak tunjuk tu." Ada sebuah video di YouTube. Trending #1 in YouTube.

"Siapa ni? Kau minat dia eh?" Alis keningku diangkat berkali-kali. Tengok muka style dia nampak macam hensem so no wonder lah kalau dia kata dia minat jantan ni.

"Bukanlah! Cuba kau tengok caption dia!" Lantas, caption nya aku lihat. Alah. Wat lek wat peace sudahlah──

"Omaigoatt!" Dada yang bagaikan terkena serangan jantung itu aku pegang. Fuh gila dramatik aku ni── okey stop stop.

"Jangan kata kat aku──"

"Yeap, aku nak cakap juga. Itu kawan kau, Megat Muhammad Thariq Naufal, sedang trending di YouTube."

"Kau jangan nak kelentong aku, Tan. Mana mungkin Thariq tiba-tiba nak berjiwang sebegini."

"Betul──" tidak sempat dia menghabiskan ayatnya, jeritan pelajar-pelajar perempuan itu menarik perhatian kami. Lantas, kami pergi melihat asbab mengapa para pelajar perempuan histeria sebegini.

"Abang Thariq~ I love you~" aku yang mendengar pun sudah meremang bulu roma. Apatah lagi si Thariq yang mendengar itu. Eeii sheramm.

Lutfil dan Uwais masing-masing bertindak sebagai bodyguard kepada mereka. Yeah, supaya tidak didekati jangkitan virus zombie yang ada pada gadis-gadis di sekolah ini. Aqil pula? Disebabkan dia kecil dan terlalu pendek untuk mencapai standard yang diperlukan untuk menjadi bodyguard, makanya dia hanya memerintahkan orang sekelilingnya untuk memberi laluan.

Thariq melambai sahaja kepada semua yang berada di situ. Sesiapa yang bertuah dapat mini love daripada dia itu terus acah jatuh pengsan macam orang yang kehabisan oksigen. Rafael pula? Semestinya buat tidak endah sahaja, seperti yang dia selalu lakukan.

"Kau orang semua! Tengok ni, ada someone post video barulah!" Maka, semua murid di situ pun mengeluarkan phone masing-masing lalu melihat video yang dikatakan oleh gadis itu.

"Sedap nya suara dia!"
"Arghh i'm meltingg!"

"Aishh kau tengok kawan kau lagi sorang nii!" Bahuku digoncang kuat oleh Intan.

UltraWhere stories live. Discover now