four.

80 18 4
                                    

Aku terjumpa pautan yang membawa penggunanya ke sebuah laman web.

Ahh, nampaknya ianya soal selidik tentang kesihatan mental.

Apa kata aku jawab semua soalan ini?

Bila aku baca semua soalan yang tertera, ianya bagaikan terkena pada batang hidung sendiri.

Aku alami hampir kesemua perkara yang disenaraikan di dalam soalan tersebut.

Rasa diri ini tidak berguna?
Kadang-kadang aku terfikir sebegitu.
Jantung berdebar tanpa sebab?
Ahh, hampir setiap hari.
Tangan juga turut menggeletar tanpa sebab?
Jujur, aku alaminya.

Rakan sekelas ada terlihat tangan aku menggeletar, dan dengan tak semena-menanya dia berkata,

“ Kau takut apa sampai menggigil tangan tu? Lembik kau ni. Nama saja lelaki. "

Aku hanya mampu berdiam.

Biarlah. Bukan dapat faedah pun sekiranya aku bertikam lidah dengan dia.

Aku pun melihat keputusan soal selidik tersebut.

Ianya menunjukkan skor pada bahagian keresahan yang paling tinggi.

SANGAT TERUK.

Keresahan? Its anxiety.

Haha, tak mungkinlah.

𝗺𝘆 𝘁𝗲𝗮𝗿𝘀 𝗱𝗶𝗮𝗿𝘆. [✓]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu