six.

67 17 0
                                    

Jika kau tanya aku, adakah aku perlukan kemewahan?

Jawapannya...

TIDAK.

Aku tidak mahu semua itu.

Aku hanya mahukan perhatian dan kasih sayang.

Itu sahaja yang aku mahukan.

Nampak mudah bukan? Tapi malang sekali bagi aku, aku langsung tidak dapat salah satu perkara itu.

Mana tidaknya, ibu bapa aku terlalu sibuk dengan kerja.

Satu-satunya masa aku dapat bertemu mereka berdua ialah pada waktu awal pagi dan malam.

Seperti pagi ini, aku langsung tidak dapat bertemu mereka kerana terlewat bangun.

Aku terlihat sekeping nota kecil dilekatkan pada pintu peti ais.

Chan, kami minta maaf sangat!
Mummy & daddy outstation.
Jadi kami tinggalkan sedikit duit untuk kamu.

Guna ya, untuk beli makanan.
Kami berdua sayang kamu!

Sayang?

Betul ke sayang?

Huh.

𝗺𝘆 𝘁𝗲𝗮𝗿𝘀 𝗱𝗶𝗮𝗿𝘆. [✓]Where stories live. Discover now