ten.

69 17 1
                                    

Aku penat.

Aku penat melawan diri sendiri.

Musuh terbesar aku adalah diriku sendiri.

Kadang-kadang diri ini adalah ancaman yang lebih bahaya berbanding orang lain.

Macam yang aku kata, aku penat.

Tapi ada yang peduli? Tak.

Ada ibu bapa pun mereka setakat berkata,

“ Kamu tu banyak sangat fikir. Dahlah. Kamu tu budak lagi, tak payah nak berlakon stres macam orang dewasa! "

Baru aku faham.

Cuma orang dewasa sahaja yang boleh mengalami stres.

Sebab itulah aku terfikir, betulkah mereka sayangkan aku?

Jika mereka betul sayangkan aku, mesti mereka akan cuba selami perasaan aku.

Tapi apa yang aku dapat adalah sebaliknya.

Dah banyak kali aku cederakan diri sendiri. Bukan tak mahu berhenti, tapi ianya sukar.

Aku hendak luahkan segala perkara yang aku rasa. Tapi pada siapa?

Kawan? Mereka nampak saja baik tetapi banyak kali mereka tikam aku dari belakang.

Aku rasakan sudah tiada sesiapa yang boleh aku percayai.

Sebab itulah diari ini wujud.

Aku percayakan diari ini, dia tak akan bocorkan rahsia dan kelemahan aku.

Diari ini juga menjadi saksi betapa banyak air mataku yang mengalir setiap hari.

Terima kasih, my tears diary...

- END -

𝗺𝘆 𝘁𝗲𝗮𝗿𝘀 𝗱𝗶𝗮𝗿𝘆. [✓]Where stories live. Discover now