Bab 10

1.8K 340 76
                                    

Dengar khabar, setiap tahun akan ada satu ujian dimana para pelajar Xavier Highschool terlibat untuk menguji kelebihan yang ada dalam diri masing-masing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dengar khabar, setiap tahun akan ada satu ujian dimana para pelajar Xavier Highschool terlibat untuk menguji kelebihan yang ada dalam diri masing-masing.

Pada hari pertama kelasnya, Faye hanya banyak mendiamkan diri sambil memerhati gelagat rakan-rakan barunya di kelas itu. Dia agak tertanya-tanya di mana Prince berada. Perlu ke dia menanyakan hal itu kepada Prince?.

Telefon pintar di dalam poket dicapai. Nama Prince dicari lalu dengan pantas Faye menghantar pesanan kepada lelaki itu.

Prince, kau ada kat kelas mana?

Agak lama dia menunggu pesanan itu dibalas. Faye yang kebosanan menunggu itu memandang ke arah Q yang tidur di meja sebelahnya. Lelaki itu memang suka bersendirian ke? Dan yang paling penting sekali, memang dia suka tidur ye?

Daripada tadi Faye melihat lelaki itu hanya menghabiskan waktunya dengan hanyut dibuai mimpi.

Agak pelik sebenarnya bagi Faye, mahu sahaja dia bertanya adakah lelaki itu tidak cukup tidur semalam atau dia memang begitu?

Pintu kelas yang baru dibuka mengejutkan semua. Masing-masing kembali ke tempat mereka apabila melihat seorang lelaki berbadan tegap memasuki kelas itu dengan membawa sebilah rotan. Mukanya yang bengis membuatkan automatik pelajar-pelajar kelas itu terdiam. Faye hanya memerhati mereka tanpa riak. Q terus membuka matanya apabila menyedari guru kelas mereka telah tiba.

Faye melihat ke arah nametag guru tersebut.
Tidus

Guru lelaki itu memerhati wajah setiap para pelajarnya dengan tenang lalu matanya beralih ke arah wajah baru yang berada di kelas tersebut. Guru itu tersenyum.

"Can you introduce yourself?" Sir Tidus merenung anak mata Faye. Faye hanya mengganguk . Sir Tidus tersenyum lalu mengisyaratkan Faye untuk kedepan . Semua mata memandang ke arah Faye yang berjalan ke arah hadapan kelas itu.

Faye memberhentikan langkahnya apabila dia sudah berdiri di hadapan semua rakan sekelasnya. Mata mereka hanya tepat memandang Faye.

"Nama saya.. Faye Mnemosyne, umur .. 17..." Tutur Faye sopan tanpa memberi sebarang riaksi diwajahnya.

Lazzy hanya memerhati gadis baru itu dengan pandangan yang berlainan lalu dia menguap seketika. Jari jemarinya bermain dengan pen di atas meja. Q pula hanya merenung wajah Faye di hadapan, dia hanya tersenyum nipis setelah mendengar nama panjang gadis itu.

Vi mendiamkan dirinya seketika sementara dia sempat mengerling ke arah Kim yang turut memandang ke arahnya.

Faye agak terkesan apabila kedatangannya seperti tidak diundang di kelas itu. Faye perasan bahawa mereka semua baik berkenalan dengannya tadi, namun entah kenapa kadang-kadang Faye merasakan pandangan mereka berikan kepadanya itu bukanlah satu pandangan yang baik.

( OWARINASHI ) - PhotoGraphic Memory (DITERBITKAN) ✓ -Preview only-Where stories live. Discover now