Bab 11

1.8K 362 87
                                    

Sesi pagi kelas itu mulai diteruskan dengan mendengar penerangan Sir Tidus mengenai kerja secara berkumpulan mereka. Masing-masing seperti tidak fokus dengan apa yang diterangkan oleh lelaki berusia pertengahan tahun itu. Faye pula hanya memerhati gerak geri mulut Sir Tidus sambil mendengar jelas setiap penjelasannya.

"Kerja kamu seterusnya mudah sahaja, kamu perlu menempuhi beberapa hutan dan gunung sehingga ke garisan penamat. Siapa yang sampai terawal bakal mendapat point" ujar Sir Tidus. Lazzy hanya menguap. Q pula hanya mendengar sahaja. Bagi mereka kerja yang mereka dapat itu amatlah mudah dari jangkaan mereka.

"Sama jela kan macam siapa lari paling laju , dia menang" ulas Kim.

Sir Tidus hanya tersenyum mendengar hal itu. Nampak sangat anak-anak muridnya tidak fokus betul-betul semasa penerangan panjang tadi. Dimana dia memberitahu ada beberapa halangan dan clue yang harus ditempuhi. Sempat Sir Tidus mengerling ke arah Faye yang daripada tadi fokus dengan apa yang dibicarakannya. Sir Tidus mengukir senyuman sekali lagi.

Tunjukkan siapa diri awak , Faye Mnemosyne.

<( ̄︶ ̄)↗<( ̄︶ ̄)↗<( ̄︶ ̄)↗

Semua pelajar kelas 1-A berkumpul di hadapan pagar sekolah Xavier. Masing-masing sudah berada di dalam kumpulan mereka. Sir Tidus hanya tersenyum memandang setiap anak didiknya di hadapan yang sudah bersedia untuk melakukan ujian pertama mereka pada hari itu.

Faye memandang ke arah Flash yang berdiri di sebelahnya. Flash kelihatan hanya memandang je arah Faye dengan wajah tanpa riaknya. Faye terdiam beberapa saat meneliti mata Flash sebelum dia kembali fokus pada apa yang disampaikan oleh Sir Tidus.

"Masa yang diberikan hanyalah 45 minit sahaja. Jika terlebih daripada masa yang ditetapkan, anda automatik akan terkeluar daripada ujian ini. Syarat pertama ialah memastikan semua ahli kumpulan tiba pada waktu yang sama. Syarat kedu-"

"Okay, we got it... Can you just start the game please..?" Belum habis Sir Tidus menghabiskan ayatnya, Lazzy memotong malas mendengar penjelasan panjang yang diberikan oleh Sir Tidus. Faye memandang ke arah Lazzy yang agak tidak menghormati gurunya itu.

Sir Tidus hanya membalas dengan senyuman tenang diwajahnya.

"Orait.. Boleh mula"

Tanpa berlengah, mereka semua terus melintasi Faye dan Flash dengan laju. Flash yang sememangnya mempunyai kelebihan lari laju itu hanya memandang semua rakan-rakannya yang mula melintasi mereka. Dia hanya menunggu Faye gerak. Sempat dia mengerling Faye yang masih tidak bergerak dan memandang ke arah Sir Tidus.

Selepas beberapa saat dia membaca gerak mulut Sir Tidus, barulah Faye bergerak memulakan ujian mereka. Flash hanya memerhati gerak geri gadis itu .

Kawasan pertama yang mereka jejak ialah sebuah jalan raya sunyi yang tiada sesiapa. Faye terdiam beberapa saat memerhati jalan raya tersebut. Pagi tadi, dia turut menggunakan laluan ini untuk ke sekolah. Dan dia perasan ada sesuatu perubahan di sekeliling jalan itu.

I noticed something.

Kad apa bewarna putih yang diselitkan di setiap pokok di sekitar jalan itu?

Tangan Flash yang mula melintasinya ditarik. Flash mengangkat keningnya memandang ke arah Faye yang seperti menghalangnya untuk terus berjalan ke atas. Faye merenung mata Flash.

"Kenapa?" soal lelaki itu. Pelik juga dia apabila melihat gadis itu tiba-tiba memperlahankan langkahnya.

Faye terfikir.. bahawa..

"Ujian ni bukan ujian kepantasan.." Faye akhirnya membuka bicara.

"Apa maksud kau?" soal Flash hairan. Setahunya apa yang diterangkan oleh Sir Tidus tadi semuanya mengenai siapa cepat sampai dia akan menang.

Faye menarik tangan Flash mendekati sebuah pokok di kawasan itu. Flash hanya mengikuti langkah gadis itu.

Jika berlawan mengenai kepantasan, sudah tentu Flash bakal memenangi perlawanan ini dengan mudah, kerana itu mereka semua terus memintas kumpulan mereka tadi. Seperti yang dijangkakan bahawa Flash mempunyai kelebihan lari laju.

Namun ada sesuatu yang agak pelik di sini. Are you sure ujian ini hanya mengenai kepantasan? sebab..

Penerangan Sir Tidus diingat olehku secara teliti. Dari A-Z. Sir Tidus bukan setakat menekankan mengenai kepantasan tetapi malah menerangkan juga mengenai kepekaan.

Aku sedar, banyak perubahan yang terjadi di setiap kawasan yang bakal kami lalui nanti. Aku nampak. Ingatan aku takkan pernah menipu aku.

Sebab tu..

Faye memandang ke arah Flash yang hanya menunggu penerangan daripada mulut gadis itu. Faye mencapai kad bewarna putih yang terselit di dalam lubang pokok itu. Flash terdiam melihat kad putih yang dihulurkan kepadanya oleh Faye.

"Then, apa fungsi diorang letak semua kad putih ni kat setiap kawasan yang akan kita lalui nanti?" soal Faye dengan wajah polosnya.

"Boleh kau jawab soalan aku?"

Flash terkedu. Kad putih itu dilihat sekali imbas. Mempunyai clue seperti kata kunci .

Damn gurl..

She's right...

Macam mana dia boleh tahu semua ni?

"Means... should we ... kutip semua kad ni sebelum diorang?" Soal Flash.

Faye hanya mengganguk. "If kita lambat, kau boleh pintas diorang dengan mudah kan?"

Flash tersenyum mendengar soalan itu. "sure"

Setelah itu, Faye dan Flash terus mengutip kad putih yang ada di sekeliling kawasan yang mereka lalui itu. Semua kad dikumpul oleh mereka berdua  dengan arahan dari Faye sendiri. Kerana hanya Faye sahaja yang tahu di mana kedudukan setiap kad putih itu. Flash agak kagum dengan kelebihan gadis itu. Walaupun dia tidak tahu bagaimana gadis itu tahu semuanya, tetapi dia pasti bahawa gadis bernama Faye ini memang tidak boleh dibawa main.

Tanpa semua sedar, mereka yang telah melintasi Faye dan Flash tadi hanya meneruskan larian mereka sehingga ke garisan penamat. Dan tiada siapa pun tahu apa rahsia sebenar ujian itu melainkan kumpulan Faye dan Flash sahaja yang melakukan perkara yang betul.

Cara permainan mereka diperhatikan oleh Sir Tidus daripada kaca TV sekolah Xavier di lobi. Semua pelajar Xavier sedang melihat kegiatan ujian yang dijalankan oleh kelas 1-A ketika itu. Seperti biasa mereka semua akan dinilai oleh semua pelajar sekolah itu sendiri. Sir Tidus tersenyum melihat Faye yang amat bijak dalam ujian tersebut.

Manakala di sudut yang berlainan,

Prince yang baru sahaja menerima pesanan dari Faye pagi tadi , memandang ke arah Faye yang berada di dalam kaca TV.
Dia sendiri tidak faham mengapa gadis itu berada di kelas 1-A dimana kelas yang mengumpulkan kuasa paling terkuat dia Xavier's Highschool.

Dan dia sendiri, Prince ditempatkan di kelas biasa . Dan mereka tidak boleh berjumpa kerana... kelas 1-A dijaga rapi oleh pihak Xavier's Highschool.

"That's how.. Faye show her true identity..." Ujar Loren yang hanya tersenyum melihat kepintaran Faye dalam membongkar rahsia ujian tersebut.

To be continue...

( OWARINASHI ) - PhotoGraphic Memory (DITERBITKAN) ✓ -Preview only-Donde viven las historias. Descúbrelo ahora