📌PENYAKIT MISTERI📌

11.9K 444 33
                                    

Semasa aku berumur 17 tahun, aku menghidap satu penyakit misteri
dimana suatu senja ketika dahulu kereta daddy aku buat hal. Aku keluar dari kereta dan duduk dibawah pokok. Bertentangan dengan masjid. Apabila tiba waktu maghrib aku terlampau khusyuk mendengar suara orang yang melaungkan azan tu. Syahdu sangat. Setelah semuanya selesai, aku pun masuk dalam kereta dan segera balik ke rumah. Rumah aku dari tempat itu adalah dalam setengah jam. Masa dalam kereta alhamdulillah tak ada apa-apa yang berlaku. Dah sampai rumah, aku masuk je dalam rumah, tiba-tiba ada sebutir biji dilengan aku. Gatal dia tak boleh bawah bincang. Aku garu macam biasa. Tapi yang peliknya, makin digaru makin merebak biji-biji tu naik. Mula-mula naik kat tangan. Lepas itu merebak ke paha dan akhirnya satu badan aku penuh biji-biji tu termasuk muka. Mami dan daddy aku masa tu panik dan bertanya tentang apa yang terjadi dekat jiran sebelah, tetapi jiran tu cakap yang aku terkena muntah hantu. Ubatnya sapu dengan air garam. Mami aku pun, ambil garam segenggam pastu bancuh dengan air. Lepas tu dia sapu dekat badan aku. Masa itu aku tak boleh nak pakai baju langsung. Kena bogel. Kalau tak terasa miang.
Malam itu selepas sapu air garam, biji-biji itu hilang. Lega lah. Tetapi tak lama itu dia naik lagi. Lagi teruk sampai sapu dengan air garam pun tak jalan. Last-last sekali daddy aku bawa pergi mandi air laut. Biji-biji tu hilang. Aku tak tahu penyakit misteri tu datang dari mana. Dan sampai sekarang, penyakit misteri tu ada.

KOLEKSI KISAH BENAR SERAM.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang