PART 17

2.4K 156 5
                                    

"Allah!" Terpacut perkataan tu keluar tiba-tiba dari mulut aku.

Tak lama tu bunyi-bunyi semua tu hilang. Sekelip mata. Lega rasanya. Tapi tak lama. Dah bunyi benda lain pulak. Bunyi ni aku tak tahu nak describe macam mana sebab bunyi ni macam puting beliung pun ada. Tapi yang peliknya tak ada pulak ribut taufan. Aku biarkan saja bunyi tu dekat belakang aku. Bior lantak. Tak lama selepas itu, hari pun dah nak pagi. Aku pun dah penat. Aku balik terus ke pondok. Tapi yang aku tak boleh blah tu benda tu ikut aku sampai ke pondok. Macam mana aku tahu? Okay masa balik tu aku lalu dekat jalan tikus. Memang pergi balik aku ikut jalan tu. Redah sungai lepas tu baru nampak pondok aku. Masa dah sampai dekat atas, tempat tu berbukit. So aku saja lah berdiri kat situ. Saja nak melepaskan lelah sekejap. So tengah berdiri-diri tu aku perasan dekat sawah ada benda hitam melompat-lompat. Aku memerhati je benda tu dok melompat-lompat. Macam kera pun ada. Tak lama tu, dia betul-betul sampai dekat tempat yang nak naik bukit tu. Masa dia sampai kat situ dia, merangkak perlahan-lahan. Dia pandang aku dan dia nak naik bukit. Tak lama tu azan subuh kedengaran, benda tu hilang. Ghaib macam tu je. Terkejut jugak lah aku tapi sebab aku dah penat sangat, aku malas nak melayan. Aku balik pondok, lepas tu pergi mandi then pergi subuh.

Aku pergi dekat kampung sebelah, bukan hanya belajar silat. Tetapi aku belajar untuk membuang santau dan sihir. Berurut dan membuang resedung. Alhamdulillah aku keluar dari pondok dengan pengisian ilmu di dada.

KOLEKSI KISAH BENAR SERAM.Where stories live. Discover now