PART 15

1.2K 94 4
                                    

Sihah cepat-cepat mencapai botol air tersebut. Lalu membuka tudung botol. Belum sempat aku nak mengambil dekat tangan sihah, midah lantas menepis botol air tersebut dan terpelanting ke arah nak ke dapur. Air tumpah banyak. Sihah mengundur kebelakang. Panik

"Ambill air itu cepattt!! Dan siram!" Arah aku lagi. Muka aku dah rasa kebas yang teramat sangat.

Sihah cepat-cepat berlari ke arah botol tersebut dan menyiram midah. Tak lama tu botol di tangan sihah terlepas sebab panas. Midah terus mengelupur dan terlerai tangan dia dekat leher aku. Aku terus tolak midah kebelakang. Aku bagi penumbuk dan aku seret badan midah dekat air delima yang tumpah tadi tu. Aku capai sisa air delima yang masih ada dalam botol dan aku tuang betul-betul dekat muka midah. Lagi kuat midah mengelupur.

"Arghhhhh!! Arghhhh!!"

Tak lama tu midah terdiam. Pengsan

Aku terduduk dekat sebelah midah. Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku tak kuat. Aku sakit. Tak lama tu.

Kedegang!! Pintu rumah terbuka. Aku terkejut dan berpaling. Bergitu jugak dengan melur dan sihah.

Abang ali dengan kak suhaila meluru masuk ke dalam rumah. Aku berpaling seketika.

"Allahuakbar!" Jerit abang ali dan meluru ke arah aku.

"Kamu okay?"

Aku hanya mengangguk lemah.

"Kena bawa midah jumpa ustaz cepat. Sementara masih ada air dekat badan dia." Ucap aku lemah.

"Kamu semua sini!" Panggil abang ali ke arah lelaki yang berada di depan pintu.

Midah dicepung oleh 3 orang lelaki. Kak suhaila membantu aku untuk bangun. Tak lama tu kitaorang berlari keluar dari rumah. Laluan rumah ustaz ismail yang kitaorang lalu ni tak boleh bawa masuk kereta. Kena guna jalan yang lain. Masa sangat singkat sekarang. Kitaorang lalu ikut lombong dan jalan berbukit. Sampai dekat satu simpang aku tak pasti benda apa tetapi kitaorang dihalang untuk masuk ke dalam. Salah sorang lelaki yang angkat midah terpelanting kena tolak oleh kerana itu midah terjatuh ke tanah. Aku dengan yang lain cepat-cepat mengangkat midah semula. Tak lama tu aku terdengar orang azan. Aku memandang sekeliling. Gelap sangat. Jadi aku tak nampak siapa. Bila suara azan aku dah tak kedengaran tiba-tiba..

"Cepat masuk!" Jerit seseorang.

Ada beberapa orang yang berlari ke arah kitaorang dan menolong mengangkat midah. Aku terus mengikut mereka. Sampai je kitaorang dijemput masuk.

"Masuk semuanya."

Aku terus masuk dan berdiri dibahagian tepi.

"Letak dia dekat atas sejadah" Arah ustaz ismail.

Aku terus duduk dekat penjuru. Tak lama tu sihah dan melur datang dan duduk dekat sebelah aku. Tangan mengigil teruk aku masa tu. Darah dekat hidung jangan cakap lah. Keluar tak henti-henti. Dah rasa macam nak pitam dah. Baju putih yang aku pakai tu bahagian depan penuh dengan darah.

"Semua baca ruqyah ye" Ucap ustaz ismail tiba-tiba.

Ustaz ismail membaca surah yang aku sendiri tak pasti sebab masa tu suara dia tenggelam timbul. Tak lama tu midah buka mata dan merangkak bertentangan dengan ustaz ismail. mungkin air dekat badan dia dah kering barangkali.

"Kau keluar dari badan dia. Kalau kamu ingkar, kamu aku bakar" Ucap ustaz ismail tegas.

"Heee heeee heee"

KOLEKSI KISAH BENAR SERAM.Where stories live. Discover now