PART 11

2.8K 161 5
                                    

"Bapak kauu!! Allah!" Jerit aku sekali melatah. Terkejut. Cukup pakej kau!

Aku mengudur kat belakang. Kalau aku tak mengundur, jarak aku dengan dia 3 langkah orang dewasa je. Dengan bau kemenyan kuat sangat masa tu. Masa ni aku tak tahu nak buat apa. Nak masuk dalam pondok benda tu berdiri sebelah je. Nak lari pulak kawasan kat situ gelap. Lagi pun tak kan nak kacau orang tidur kan. Hujung-hujung aku terpaksa masuk dalam pondok kunci pintu. Tarik selimut. Terketar-ketar aku. Tak lama tu azan subuh kedengaran. Hati terus rasa tenang setenangnya. Aku terus bangun mandi apa semua then pergi solat subuh.

Selepas kejadian aku nampak cik cong tu, alhamdulillah aku tak kena kacau dah. Tenang betul. Kemungkinan hijab mata aku tertutup sendiri kot sampai lah satu malam kitaorang kena study group. Dekat pondok je. Jangan ingat dekat pondok tak ada study group tau. Pondok-pondok lah. Sekolah biasa sekolah biasa lah. So malam itu aku dengan lain-lain decide nak study kat pondok yati. Pondok yati tengah-tengah. Siap ada lampu. Memang terang lah kawasan pondok tu. Kitaorang study sampai pukul 2 kot. Aku tak ingat. Lepas itu tidur kat situ jugak. Malas nak balik pondok memasing. Tengah sedap-sedap tidur ni aku rasa sakit perut atau nak terkencing. Aku tak ingat. Aku terpaksa kejutkan si mira. Mira pun terpisat-pisat bangun. Tapi masa ni aku tak jadi nak bangun sebab masa aku meniarap tu, aku meniarap betul-betul depan pintu. Pintu pondok yati ni rengang tau jadi aku boleh nampak kat luar. Masa ni aku tak boleh nak decide apa yang aku nampak. Benda tu duduk dekat tangga pondok yati. Cantik sangat weh.. dengan putih melepak-melepak. Bergincu. Rambut bersanggul. Allah! Terpesona sekejap aku dengan kecantikan benda tu. Tengah berkhayal tu tiba-tiba mira cuit pinggang aku. Akibat daripada itu aku terjerit kecil.

"Ssshhh. Kejap!" Ucap aku sambil menepis tangan mira.

"Kenapa?" Tanya mira dengan suara yang kuat.

Aku terus tutup mulut mira dengan tangan aku..

"Diam!"

Mira hanya mengangguk dan aku berbisik dekat telinga dia.

"Ada orang dekat luar."

"Ha??"

"Jap aku nak tengok." Ucap aku lantas meniarap balik.

Tengah aku nak meniarap tu tiba-tiba benda tu memandang ke arah aku dan tersenyum. Senyuman dia aku ingat lagi sampai sekarang. Sekejap nampak macam mengerikan. Sekejap nampak macam mempersonakan. Aku pun tak tahu nak describe macam mana. Dan aku pun tak pasti sama ada benda tu nampak aku atau tidak dekat dalam sebab dalam keadaan gelap. Lama aku memerhati perempuan tu dan tiba-tiba tangan dia cuba nak masuk ke dalam rengangan pintu pondok yati. Aku terkejut, aku terus bangun dan aku tarik mira sekali untuk mengundur ke belakang. Yang aku pelik, tangan perempuan tu boleh tembus masuk dan menjalar ke dalam pondok. Panjang pulak tu. Aku dah cuak dah masa tu. Mira pulak tak nampak apa-apa cuma mengikut apa yang aku buat.

KOLEKSI KISAH BENAR SERAM.Where stories live. Discover now