Chapter 17- Friends

230 19 2
                                    

×3rd person POV×

Hubungan Edward dan Diana semakin rapat. Mereka selalu berduaan dan pergi kemana-mana bersama. Diana merasakan bahawa hubungan mereka sudah menjadi seperti dulu. Tapi, tidak bagi Edward. Dalam fikirannya hanya satu. Rayzel. Rayzel tak pernah membalas mesej yang dihantar oleh Edward kepadanya.

     'Ei, dah kenapa dengan laki ni? Balaslah adoi.' Edward masih cuba menghantar mesej kepada Rayzel.

eddygabbys
Hello?
Rayzel
Eayzel
Raaay
Asal kau tak balas?
Busy ke?
Dah kenapa dengan kau ni?

     Tak sempat jarinya menghantar mesej yang lain, ada suara yang mencelah.

     "You dengar tak apa yang I cakap?" Tanya Diana dengan muka bengang. Sejak tadi, Edward hanya menghadap telefon sahaja.

     "Erm, ulang boleh? I tak dengar sebab nak balas mesej David tadi." Kata Edward sambil tersengih. Diana mengeluh tetapi tetap mengulangi apa yang dikatakan. Tetapi, Edward tidak dapat fokus dengan apa yang Diana katakan.

     'Brain, focus! Diana kat depan. Fokus.' Edward cuba mendengar apa yang dikatakan oleh Diana.

     "Cuaca-sesuai-zoo-pokok-besar." Edward tersenyum dan mengangguk dengan apa yang dikatakan oleh Diana walhal tak faham satu patah pun yang keluar dari mulutnya.

     'Dia marah aku ke? Diana kata dia suka aku? Mungkin. Aku pun suka kat dia jugak. I mean, he's a good friend. Friend ke? Maybe. But still, I hate him. Nak tolak dia dari gaung. Hm.' Otak Edward masih tak dapat memproses semua yang telah berlaku sementara Diana masih bercakap.

     "Ramai-sekolah-haiwan- you dengar tak ni?" Tanya Diana sekali lagi. Edward tersentak.

     "Dengar, dengar! Pasal zoo kan?" Tanya Edward. Diana tersenyum sambil mengangguk. Edward terdiam. Dia menyusun kata dalam kepalanya. Sebenarnya, dia dah tak suka Diana seperti dulu. Hatinya dah tawar.

     "Dian.."

     "Yes?"

     "You tahu tak yang you ni cantik sebenarnya?" Tanya Edward.

     "Mestilah. Kalau tak cantik, tak adanya you suka."

     "Banyak lagi lelaki dekat luar sana yang nak dekat you. Yang handsome, tinggi, hot. I bertuah sangat sebab ada you." Senyuman Diana kelihatan semakin pahit.

     "Yes, wait, what are you trying to say, Eddy?"

     "Entahlah. I cuma rasa yang kita patut jadi kawan. I dah tak suka you macam dulu. So, I think we should break up." Kata Edward dengan wajah serius. Diana menggit bahagian bawah bibir dan perlahan-lahan mengangguk.

     "I faham. So, kawan?" Tanya Diana sambil tersenyum. Lagipun, dia juga sama seperti Edward. Entah apa yang merasuknya tempoh hari.

     "Yes, friends."

     "So, jom balik. Awak hantar saya ke, saya kena balik jalan kaki ni?"

     "Mestilah saya yang hantar. Jom."

▶❇◀

Setelah menghantar Diana pulang, Edward menuju ke arah rumahnya. Masuk sahaja perkarangan rumahnya, dia ternampak sebuah kereta yang asing berada dalam kawasan rumahnya.

     'Kereta siapa pula ni? Dah lah aku baru balik. Aku jadi nervous pulak nak masuk. Kena patah balik ke tak ya?'

     Tapi, akhirnya dia keluar juga dari kereta yang dipinjam dari Alongnya. Setelah itu, dia berdiri di hadapan muka pintu begitu lama sekali. Fikirannya sekarang tertumpu pada tetamu asing yang berada di dalam rumahnya.

     'Berapa orang ya? Harap-harap sikit je. Janganlah banyak. Kalau aku buka pintu ni mesti dorang pandang aku macam tak pernah nampak manusia. Aish, seramlah.'

     Edward membuka pintu dengan perlahan dan dia ternampak orang yang dah lama dia tak terserempak. Orang itu memandangnya dengan raut terkejut.

Hate Or Love? (BxB) (SU)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ