Chapter 22- David's Past

215 10 3
                                    

-|David (8 y/o) POV|-

Aku memegang lutut aku yang menggigil kerana bunyi pinggan yang pecah di dapur rumah. Ayah dan ibu sedang bertengkar. Aku berasa sangat takut dengan apa yang akan terjadi di masa hadapan. Kalau boleh, aku tak mahu mereka bercerai. Sesudah bunyi itu hilang, aku membuka pintu dan berjalan ke luar tanpa membuat apa-apa bunyi.

     "Kenapa abang sanggup buat macam tu?!" Rupa-rupanya mereka masih bertengkar. Aku memandang mereka dari jauh.

     "Awak nak sebab? Saya sejak dulu lagi memang tak pernah cintakan awak! Saya terima awak pun sebab ibu bapa saya yang paksa. Sekarang saya dah jumpa orang yang betul-betul saya cinta, awak tak boleh nak buat apa-apa sebab dia pun isteri saya!" Pang! Itu merupakan tamparan terbesar yang pernah aku terima dalam hidup aku. Air mata aku jatuh. Jadi selama ini, ayah ada keluarga lain? Sebab tu dia jarang balik?

     "Abang..dah melampau. Sejak bila..?" Ibu jatuh ke lantai kerana terlalu terkejut dengan kata-kata ayah. Ayah aku hanya memandangnya tanpa rasa bersalah.

     "Kalau bukan sebab anak, saya dah memang tak nak balik lah dekat rumah ni. Saya dah kahwin dengan dia sejak 6 tahun lepas. I have a son which is 5 years old. And, sekarang ni Isteri saya tengah mengandung, saya kena balik sekarang." Ibu aku tak mampu nak membalas kerana sedang menahan air mata dari terus mengalir. Aku mengetap gigi. Benci. Aku bencikan ayah aku.

     "Kalau nak duit, call. Nanti abang bank-in." Dan dengan itu, dia terus keluar dari rumah ini. Aku segera berlari ke arah ibu dan memeluknya. Aku memang berharap ayah takkan balik lagi.

     Tapi, malang tidak berbau. Setelah itu, ibu hilang selera makan, selalu bersendiri, tidak membuat kerja rumah dan membuatkan rumah kami tidak lagi bersih seperti dulu. Bukan hanya itu, dia selalu bercakap seorang diri. Aku risaukan ibu. Tapi, aku tak boleh berbuat apa-apa.

     Satu hari, perkara paling buruk berlaku. Ibu mencederakan dirinya sendiri dengan menggunakan pisau di dapur. Setelah nenek mendapat tahu tentang keadaan ibu, dia terus menghantar ibu ke tempat lain dan aku berada dalam jagaan nenek.

     Tinggal bersama nenek membuatkan aku gembira. Dia selalu bermain dengan aku. Selalu memberikan perhatiannya kepada aku. Tapi, aku masih memikirkan tentang keadaan ibu. Sampailah telefon rumah nenek berbunyi.

     "Hello." Aku mengangkatnya dengan ceria. Senyuman lebar aku hilang serta-merta apabila mendengar berita tentang ibu. Aku terus memutuskan talian dan memberitahu nenek dengan air mata yang mengalir deras. Ibu sudah tiada di dunia ini.

     Mengikut apa yang aku dengar, kes ibu adalah kes langgar lari. Setelah hari kematian ibu, fikiran aku kosong. Aku masih teringat macam mana ibu membuat kejutan hari lahir aku dulu. Kami cuma sambut berdua. Tak sangka itulah sambutan hari lahir aku yang terakhir aku bersama ibu.

     Nenek cuba menghiburku dengan membelikan mainan dan bermain dengan aku. Tapi, aku susah untuk tersenyum apatah lagi ketawa. Ayah tidak datang ke rumah nenek, which is I appreciated very much. Dia lah orang yang paling aku benci dalam dunia ni. Dasar pembunuh.

     Aku berada di taman yang dikelilingi banyak pokok bunga. Nyaman rasanya. Tiba-tiba, ada seorang perempuan muncul dari pintu gerbang taman itu. Dia tersenyum dan berjalan ke arah ku. Kecantikannya tidak pudar walaupun sedang mengandung.

     "Adik tengah main apa?" Tanya perempuan itu.

     "Tengah main kereta."

     "Oh, mana kawan-kawan adik?"

     "Rumah diorang jauh. Biasanya jumpa kat sekolah je." Jawab aku.

     "Hmm, oh lupa aunty nak perkenalkan diri aunty, nama aunty, Lisa. Nama adik apa?"

     "David!" Jawab aku sambil tersenyum lebar. Aunty Lisa nampak baik. Dia memimpin tangan aku untuk masuk ke dalam rumah. Di situ, aku melihat orang yang aku paling benci. Ayah.

Tbc🌸

Hate Or Love? (BxB) (SU)Where stories live. Discover now