CHAPTER 3

2.3K 257 86
                                    


"Nanti baik-baik tau kat sekolah" ujar  Pn Doyeon.





Hoomin mengangguk. Harini hari pertama dia bersekolah di sekolah baru






"Hoomin jangan risau, sekolah tu sekolah terbaik kat sini. Oppa kamu semua bersekolah kat situ dulu" balas En Hanwi pula.






"Good morning everyoneeeeee"




"Ingat tidur lagi. Mana yang lain?" tanya Pn Doyeon




"Biasala Mama, tidur lagi. Semalam kami buat assignment" balas Namjoon sambil mencapai roti bakar.



Sudah menjadi rutin mereka membuat assignment bersama-sama. Itulah yang diajar Daddy mereka sejak kecil





"Jangan terlajak tidur, nanti lambat ke kelas" tegur En Hanwi





"Wah sedap nya bau roti bakar" ujar Hoseok yang menuruni tangga. Di belakang nya Jungkook turun sambil membetulkan rambutnya





"Ah harini Hoomin daftar sekolah kan? Fighting!" Hoseok memberi semangat





"Haih rindu nya nak sekolah balik" keluh Jungkook




"Eleh dah habis baru nak rindu. Dulu kau paling banyak ponteng" ejek Namjoon





"Jeles ke?" perli Jungkook






"Jangan bertengkar. Jom Hoomin nanti kita lambat" ajak En Hanwi. Pn Doyeon turut bangun






"Eh takpe Uncle, Hoomin naik bas" tolak Hoomin.


Dia bukan budak kecik lagi yang perlu dihantar




"Eh mana boleh, ni hari pertama kamu. Takkan Uncle nak biarkan kamu pergi sorang. Kamu kan anak perempuan Uncle" ucap En Hanwi



Hoomin yang mendengar nya tersentuh. Bapa tiri nya ini berusaha untuk mengambil hatinya. Namun dia agak kekok untuk menerima lelaki itu sebagai Papa baru nya





"Harini Mama & Daddy hantar. Esok & seterus nya kamu pergi sendiri. Jom" ajak Pn Doyeon. Hoomin bangun



"Bye Hoomin!" ucap Namjoon, Hoseok & Jungkook serentak.


"Bye"

*****
Hoomin berjalan sambil memandang kiri kanan. Sekarang dia telah masuk ke kawasan sekolah



"Not bad. Pandai Uncle pilih" ucap Hoomin




"Ouchhh!"



"Maaf! Maaf!" Hoomin meminta maaf. Dia menghulurkan tangan nya untuk membantu perempuan di depan nya bangun.





"Eh kau buta ke?!" marah perempuan tersebut.





"Maaf! Saya tak sengaja" Hoomin meminta maaf sekali lagi





"Kau buta eh? Tak nampak kitaorang?" soal seorangblagi perempuan sambil menolak Hoomin sehingga terjatuh.



Hoomin memegang telapak tangan nya yang luka akibat terkena batu.




"Eh wait, aku tak pernah nampak kau? Budak baru eh?" soal perempuan tersebut.


Hoomin mengangguk. Sempat dia mengerling tag nama perempuan-perempuan tersebut.




Dawon & Nimwo



"Kalau kau nak selamat kat sini, jangan cari masalah dengan aku. Faham?" soal Dawon



Hoomin mengangguk



Dawon & Nimwo hanya tersenyum sebelum meninggalkan Hoomin di situ




"Mana 1 aku nak pergi ni? Bilik pengetua pun tak tau kat mana. Aduh berdarah la pulak" bisik Hoomin sambil mengelap luka di tapak tangan nya

*****
"Hi"

Hoomin mengangkat muka nya. Seorang gadis tersenyum manis padanya



"Hi" balas Hoomin


"Ah nama aku Kibum. Kita sekelas" Kibum menghulur kan tangan nya. Hoomin segera menyambut





"Aku Hoomin. Aku tak perasan kita sekelas" Hoomin ketawa malu




"Sebab aku duduk belakang kau. Memang kau tak perasan. Kau baru pindah sini ke?"soal Kibum




"Ya. Mama aku baru pindah sini" jawab Hoomin





"Ouh Papa kau baru dapat kerja kat sini ke?" soal Kibum lagi.


Hoomin hanya mengangguk



"Well budak baru ni dah dapat kawan baru" tegur Dawon sambil mengambil air kotak yang belum dibuka di tangan Hoomin lalu meminum nya




"Jangan ganggu kami la Dawon, kau takde kerja ke?" soal Kibum


Dia dah masak sangat dengan perangai Dawon & Nimwo




"Wow depan budak baru ni kau nak tunjuk berani eh" balas Nimwo




Hoomin hanya diam membatu. Takut sebenar nya. Dahla harini first day dia.




"Wei budak baru, kau tak payah nak kawan dengan anak yatim ni, baik kau cari kawan lain" ujar Dawon lalu berlalu pergi bersama Nimwo


Muka Kibum sedikit muram



"Aku nak jadi kawan kau" Hoomin memegang tangan Kibum. Memberikan semangat. Kibum tersenyum kembali.

*****
"WELCOMEEEEE!!"

Hoomin yang baru membuka pintu pagar rumah terkejut


Jin, Jimin & Taehyung berdiri di depan nya.
Manakala Yoongi baring di atas rumput. Tidur mungkin




"Terkejutlah Oppa!" Marah Hoomin




"So macamana first day?" Soal Jin




"Okay" jawab Hoomin malas




"Macam tak semangat je" tegur Taehyung





"Hoomin penat la tu" balas Jin



"Jom kita masuk, kita lunch sama-sama" Jimin menarik Hoomin




"Ouch!"




Hoomin terjerit kecil apabila tangan Jimin memegang tempat luka nya





"Kenapa ni? Sampai luka macam ni?" soal Jimin pantas





"Err jatuh" bohong Hoomin






"Ye ke? Tak macam jatuh pun" balas Taehyung.





Yoongi yang mendengar perbualan mereka bangun. Dia meneliti luka Hoomin






"Ada sesiapa tolak kau ke?" soal Yoongi






Hoomin mengeleng






"Guys! Emergency! Saeng kita kena buli! Berkumpul semua!" Jin berlari ke dalam rumah






"Jom" Jimin & Taehyung menarik Hoomin masuk ke dalam rumah






Finally done update. Sorry kalau ada yang menunggu. Haih nampak nya PKP lagi. Aku kat Selangor so PKP lebih ketat berbanding negeri lain. Kes selalu hampir 1k or lebih 1k kat sini. Sekolah still online... semuanya online huhuhu.

Jangan lupa untuk vote & comment tau

[ C ]   7 'Express' Brothers : BTS : 방탄소년단  Where stories live. Discover now