CHAPTER 12

1.8K 197 17
                                        

Hoomin membuka pintu rumahnya perlahan. Sunyi.

Dia memandang ke luar rumah. Semua kereta tiada. Kasut juga tiada. Maksud nya tiada orang di rumah. Dia menuju ke sofa & baring di situ. Wallpaper handphonenya dibelek. Gambar dia bersama seorang lelaki.


"Hoomin rindu Papa" bisik Hoomin perlahan



Dah lama Papa nya meninggal dunia. Sejak itu dia selalu dibuli memandang kan dia tidak mempunyai bapa




"Papa jangan risau, Uncle baik sangat. Oppa-Oppa pun. Hoomin gembira kat sini" ucap Hoomin tersenyum. Gambar tersebut diusap perlahan

****
"masak apa malam ni?" tanya En Hanwi sambil memandu



"awak nak makan apa?" soal Pn Doyeon pula




"saya makan je apa awak masak" jawab En Hanwi





"nantilah saya fikir apa nak masak nanti. Lagipun saya ada pembantu. Jin" Pn Doyeon ketawa. Dia kagum dengan Seokjin. Pandai masak & pandai menjaga saeng nya yang lain. Mungkin dah diajar berdikari sejak kecil





"nasib la saya ada dia, boleh la dia jaga saeng yang lain kalau saya outstation dulu. Cuma saya risau kalau parent diorang datang tuntut diorang balik. Yela saya ni cuma bapa angkat diorang je" ucap En Hanwi




"kalau diorang datang nak ambil balik saya takkan benarkan. Awak jaga diorang dari kecil, ambil kat pusat anak yatim. Awak lagi berhak jaga diorang berbanding parent kandung diorang" tegas Pn Doyeon




"kita dah sampai" En Hanwi hanya tersenyum sambil memarkir keretanya. Mereka keluar lalu masuk ke dalan rumah





"haish budak ni tidur kat sini pulak" bebel Pn Doyeon apabila melihat Hoomin yg tidur di atas sofa di ruang tamu





"kejutkan dia suruh tidur dalam bilik. Tidur kat sini nanti kena kacau dengan yang lain" ujar En Hanwi






"biar dia tidur kat situ dulu, nanti saya kejut" Pn Doyeon berlalu ke bilik nya
****
"haish penatnya" gumam Jimin sambil membuka pintu rumah. Di belakang nya yang lain masuk sambil membimbit beg galas masing-masing. Yoongi terus menuju ke sofa & baring lalu memejamkan mata.


"weh tu" tunjuk Taehyung



Dia memandang Jimin. Tak lama kemudian mereka tersenyum penuh makna. Mereka berdua menuju ke arah Hoomin




"haaa korang jangan kacau dia tidur" Jin memegang beg Jimin & Taehyung




"mana ada" dalih Taehyung




"baik kau pergi rehat hyung. Kacau orang je tau" balas Jungkook





"dah semua pergi mandi. Jap lagi kita nak dinner" arah Namjoon



"Yoongi tengah tidur, buat la bising kalau korang nak kena terajang dengan dia" sampuk Hoseok




Mereka semua memandang Yoongi yang  turut baring di atas sofa


"dah semua pergi mandi" arah Jin.


Mereka semua bergerak ke bilik masing-masing
***
"Daddy, 3 hari lagi Jimin & Jungkook ada basketball tournament kat Ilsan. 3 hari" ucap Jimin



"kalau ada masa Daddy pergi" ucap En Hanwi



"kami faham kalau Daddy tak dapat datang. Kami nak inform je" ucap Jungkook pula




"erm Joon pun ada program jugak lusa. Kat sekolah rendah. Tapi 2 hari je" ucap Namjoon




"ah kami perform nanti kat festival akan datang kat Uni. Maybe dalam seminggu ni kami balik lambat sikit" J-Hope menepuk bahu Taehyung




"haa kamu Yoongi? Jin?" soal Pn Doyeon





"tak busy sangat. Sebab kerja luar tak banyak dan semua dekat-dekat. Boleh balik hari" jawab Yoongi





"waa semua orang busy minggu ni" ucap Hoomin





"nanti Hoomin sambung belajar tau la macamana" ujar En Hanwi




"kerja I kat dapur je" Jin ketawa



"tak mencabar" ejek Yoongi






"excuse me, ingat senang ke nak jadi chef? Payah tau, nak hafal kegunaan rempah. Nak mix rasa lagi" balas Jin






"betul tu" jawab Hoomin






"haaa eloklah Hoomin belajar masak dengan Jin Oppa nanti" jawab En Hanwi







"pfttt dia ni kalau Daddy nak tau, tak boleh masuk dapur, macam Namjoon. Bahaya" sampuk Taehyung






"eh apsal nak kaitan kan dengan aku pulak?" soal Namjoon






"laa memang perangai korang sama" sokong Jimin




"ni Jin & Yoongi boleh ajar Hoomin ni masak. Sebelum ni dia sorang-sorang kat rumah, takde orang nak ajar. Ni kamu semua ada boleh ajar mana yang patut. Ajar dia berdikari sikit" ujar Pn Doyeon





"nanti Oppa ajar Hoomin menari" sampuk J-Hope






"tu tak payah. Buang masa" ujar Jungkook






"whyyyyyy" ujar J-Hope tak puas hati





"enough. Jangan nak gaduh kat sini. Makan cepat lepastu study" ujar En Hanwi



Mereka semua terus diam sambil menikmati makanan masing-masing







Haaaa dah try ke BTS MEAL? Aku dah dapat tadi. Sebelum 11am dah sampai. Nasib tak ramai orang. Ramai jugak ARMY yang sampai awal. Packaging dia sumpah lawa. Aku simpan kot hahaha

[ C ]   7 'Express' Brothers : BTS : 방탄소년단  Where stories live. Discover now