CHAPTER 10

1.8K 202 32
                                    

"arkhhh!!!"

Hoomin jatuh sambil memegang hidungnya. Jungkook meluru ke arah Hoomin

"okey ke? Sini Oppa tengok" Jungkook mengalihkan tangan Hoomin yang memegang hidung

"ahhhh sikit je ni" Jungkook membelek hidung Hoomin

"sikit? Darah ni! Sakit" ujar Hoomin sambil mengelap hidung nya

"tak patah pun. Bangun cepat" arah Jungkook.

Hoomin bangun sambil menyambut huluran tisu dari Jungkook & menyumbat ke hidung nya.

"alah Oppa pernah kena teruk dari tu" sampuk J-Hope

Hoomin hanya menjeling

"okey kita  mulakan semula" arah Jungkook

Hoomin memakai kembali sarung tangan.

"tumbuk kuat-kuat" arah Jungkook sambil memegang beg yang tergantung

"kuat lagi!!" terdengar jeritan dari Jungkook

******?

"ai belum setengah jam dah berdarah hidung?" soal Jin sambil ketawa

"Jungkook tu kasar sangat" ucap J-Hope


"eh kita dulu lagi teruk kena" balas Jin

"aku rasa harini je Hoomin tu nak belajar, esok confirm taknak dah" balas J-Hope

"Hoomin!"

Mereka semua serentak memandang ke arah pagar. Kelihatan 1 susuk tubuh berdiri

"Kibum!" Hoomin berlari menuju ke arah pagar lalu membukanya


"laaa aku ingat kau tak datang dah" Hoomin menarik Kibum masuk



"mestila datang kan dah janji. Eh apa kena dengan hidung kau?" soal Kibum selepas melihat hidung Hoomin yang disumbat tisu yang ada kesan darah


"ouh hidung aku terhentak kat beg boxing. Tengah teman Oppa aku practice boxing" terang Hoomin

"kasar gila Oppa kau" ucap Hoomin sambil membelek hidung Hoomin


"tak sakit dah. Eh jom masuk" Hoomin menarik Kibum masuk & menuju ke arah Jungkook, Jin & J-Hope


"Oppa, Hoomin masuk dulu. Kitaorang dah janji nak study" ujar Hoomin

"study elok-elok" pesan Jin

Hoomin mengangguk, dia menarik Kibum masuk ke dalam rumah

"eh apa kena dengan hidung kamu?" soal En Hanwi

"errr kena masa berlatih boxing tadi" jawab Hoomin

"haih ni mesti kerja Jungkook Oppa kamu" bebel En Hanwi

"sikit je ni" ucap Hoomin

"ni kawan ke?" soal En Hanwi

"ya saya kawan Hoomin. Kim Kibum" Kibum tunduk hormat


"ah Kibum, buat macam rumah sendiri ya? Uncle & Mama ada urusan kat luar, Hoomin nanti lunch dengan Oppa-Oppa kamu ya? Nanti Kibum pun lunch kat sini" en Hanwi senyum

"Mama ada urusan kat luar, petang nanti baru balik. Kamu elok-elok kat rumah" pesan Pn Doyeon yang menuruni tangga.

Hoomin mengangguk. Dia menarik Kibum ke bilik nya

"kau duduk dulu, aku nak mandi" ujar Hoomin

Kibum mengangguk sambil duduk di atas katil sambil memerhati suasana bilik Hoomin. Cantik jugak. Tak sampai 5 minit Hoomin keluar sambil mengelap rambutnya

"aku risau jugak exam add math minggu depan. Kalau fail teruk aku kena dengan Mama aku" ujar Hoomin sambil mengambil buku add math


"kau mesti boleh, dah jom kita mulakan" Kibum mengeluarkan pensel nya


'tok! Tok!' bunyi pintu diketuk sebelum dibuka dari luar. Muncul Jin sambil membimbit dulang.

"ni Oppa ada sediakan air & snek. Kibum buat macam rumah sendiri ya kat sini. Jangan malu-malu" Jin meletakkan dulang di atas meja

"terima kasih" ucap Kibum. Jin mengangguk lalu keluar

"baik betul Oppa kau. Jeles aku" ucap Kibum

"ambikla kalau kau nak Oppa aku tu" Hoomin ketawa

"I wish. Dah jom sambung" ajak Kibum

(selepas 1 jam)

"finally settle" Hoomin baring di atas katil

"esok kita jalan-jalan nak?" ajak Kibum

"boleh je" jawab Hoomin

'kreek'

bunyi pintu dibuka tanpa diketuk

"Hoomin, pinjam shampoo. Oppa puny... Eh ada tetamu" ucap Jimin sambil membetulkan tuala di pinggang nya

"ketuk la pintu Oppa. Haish terkejut tau tak" marah Hoomin sambil menuju ke bilik air

"nama siapa?" soal Jimin sambil tersenyum paling manis buat Kibum

"Kim Kibum" jawab Kibum malu-malu.

"ahhh Kibum. Comel nama. Macam orang nya. Nama Oppa Park Jimin. Boleh panggil Jimin Oppa... atau nak panggil Bae pun boleh" Jimin mengeyitkan matanya

"nah shampoo. Dah Oppa keluar" Hoomin menolak Jimin keluar


"haih kenapa lah aku dapat Oppa yang gatal macam ni. Maaf lah Kibum, Oppa aku tu dengan Ahjumma jual sayur kat pasar pun dia nak try" bebel Hoomin

"tapi comel Oppa kau yang ni" Kibum ketawa

"Hoomin jom lunch! Ajak kawan sekali!" kedengaran suara Taehyung menjerit dari bawah

"jom. Harini lunch rumah aku" ajak Hoomin

"Lain kali jela" tolak Kibum

"takde.. takde. Jom" Hoomin menarik Kibum turun & ke meja makan. Ketujuh-tujuh Oppa nya sudah menunggu

"Kibum jangan malu-malu, buat macam rumah sendiri" ucap Jin

"haa Kibum try ayam ni. Oppa masak tau" Jimin meletakkan ayam ke dalam pinggan Kibum

"tschh masak, kau tu potong bawang je" sampuk Yoongi

"aku tolong la jugak tu Hyung. Kau ni pun" jeling Jimin

"Hoomin nak apa?" tanya Namjoon

"daging" jawab Hoomin bersama sengihan

"tu kan favourite dia hyung, jangan tanya" ujar Jungkook

"esok, practice Taekwondo dengan Jimin Oppa pulak" ujar J-Hope


"taknak la Oppa. Penat" ujat Hoomin

"I'm not taking no for the answer" ejek Jimin

"habislah hidung kau, berdarah sebelah lagi esok" Yoongi menakutkan Hoomin

"Tumbukan Jimin paling kuat antara kitaorang semua. So, esok pandai-pandai la elak ya?" Taehyung ketawa


"tapi esok kitaorang dah janji nak keluar" Hoomin mencipta alasan

"sekejap je. Ni Daddy & Mama yang suruh tau. Kibum pun kalau nak datang berlatih sekali pun boleh" terang Namjoon

"kita keluar petang" Kibum memandang Hoomin

"fine" Hoomin mengalah

Esok confirm hidung dia berdarah lagi

[ C ]   7 'Express' Brothers : BTS : 방탄소년단  Where stories live. Discover now