Kemalangan💕

2K 82 2
                                    

Sejak Wardah tersedar dari pengsan tadi dia mendapati bahawa keluarganya dan keluarga mertuanya sudah berada di dalam wad yang didiami olehnya.

Terkebil-kebil matanya. Bingung barangkali.

Laaa aku kemalangan ke tadi? Ingatkan sempat elak...

"Kakak!"

Wardah hanya mampu tersengih. Matanya melirik pada tangannya yang telah dibalut dengan rapi. Terasa agak sakit dan pedih namun dia hanya mampu menahan diri sahaja.

"Bawak bertenang okay. Kakak selamat kan. Everything is alright. Oh ya tangan ni? Kaki ni? Patah eh?" selamba saja dia bertanya seakan-akan kemalangan tadi langsung tidak terjadi. Nasiblah badan...

"Haah tangan dan kaki akak dah selamat patah" gerutu Syamil.

Mereka mengeluh panjang. Buat penat je risaukan budak bertuah ni.

"Ibu risau tau. Nak tercabut jantung ibu bila dapat tahu yang kakak accident. Lain kali sebelum nak tolong orang, pikir dulu keselamatan sendiri. Nak jadi hero tapi keselamatan sendiri tak peduli langsung. Kalau jadi apa-apa pada kakak macam mana? Ibu tak nak hilang anak ibu" bebel Puan Safiyah kepada Wardah. Wardah hanya mampu menadah telinga mendengar bebelan ibunya.

Wardah tergelak kecil.

"Kakak okaylah. See kakak tak ada apa-apa yang jadi pun. Tangan dengan kaki je yang patah" balas Wardah.

"Je?? Haihh kakak ni memang suka buat ibu risau" keluh Puan Safiyah

"Oh ya Irfan dah tahu ke yang kakak kemalangan?"

Encik Khalid menganggukkan kepalanya. Selepas mendapat tahu yang Wardah kemalangan mereka terus memberitahu menantu mereka dengan kadar segera. Terkejut bukan main lagi si Irfan setelah berita ini dikhabarkan kepadanya.

"Alahh kenapa bagitahu? Terganggulah kerja dia nanti" cebik Wardah.

Belum sempat Encik Khalid membalas, pintu ruangan Wardah telah diserbu oleh sang jejaka tampan yang masih lagi berseragam askar. Jelas di raut wajahnya yang penuh kerisauan. Penuh yang menitik tidak dia hiraukan.

"Sayang!"

Irfan yang masih termengah-mengah menerpa ke arah sang isteri tercinta. Wardah tergelak kecil.

"Kenapa datang? Kerja abang macam mana?" soal Wardah.

"Pedulikan kerja abang. Sayang tu macam mana? Macam mana boleh kemalangan? Nak luruh jantung abang bila abah call bagitahu yang sayang kemalangan" tangan Wardah dikucup berulang kali bagi menghilangkan debaran di dadanya. Calar balar di tangan Wardah diperhati olehnya dengan perasaan sayu.

Habis luka tangan bini aku.

"Abang tengok sendirilah. Saya okay. Tak ada apa-apa pun cuma kaki dengan tangan je yang patah" senyum Wardah.

Mata Irfan terarah pada tangan dan kaki yang telah disemen. Dia mengeluh panjang.

"Abang nak jaga sayang tapi abang tak boleh apply cuti lagi" kesal Irfan. Selepas ini dia perlu kembali ke kem dengan kadar segera. Berat sungguh hatinya pada saat ini. Tambah pula dengan keadaan sang isteri seperti sekarang.

"Pergi je. Alahh abang ni. Abang kerja takkan nak duduk sini jaga saya pulak. Dekat sini ada umi ada abah ada ibu ada abi. Semua orang ada dekat sini. Sepatutnya abang tak payah datang sini. Duduk je dekat sana. Jangan risaukan saya dekat sini" bebel Wardah dengan dahi yang berkerut.

Irfan mendengus perlahan.

Tangan naik ke pinggang bersama riak wajah yang serius. "You're my wife Wardah. Macam mana abang nak tenang kalau sayang dalam keadaan macam ni?"

Suasana sedikit tegang menyebabkan keluarga masing-masing bergerak keluar dari wad itu untuk memberi ruang kepada suami isteri tersebut. Wardah diam membisu manakala Irfan mencuba untuk bertenang. Dia tidak mahu marah-marah.

"...Sorry"

"..."

"Abang..."

Wajah diraup kasar. Irfan merangkul lembut bahu isterinya. Kucupan lembut dilabuhkan pada sisi kepala Wardah. Terasa sedikit tenang setelah berbuat demikian.

"You know that I love you sayang"

"...I know"

P/S; CHAPTER TIDAK LENGKAP

[EBOOK]Dia Askar Aku CikguWhere stories live. Discover now