yang hancur
tak akan dapat dicantumPintu bilik dihempas kuat oleh Nazhan. Dia siap kunci lagi tak mahu mummy masuk. Nazhan mendengus kasar sebaik matanya jatuh kepada aku.
"Explain! Kenapa tak nak bagitahu yang mummy sakit?!" Suara Nazhan meninggi. Mata Nazhan mencerlung tajam kepada aku.
Aku diam membisu. Terdengar pintu bilik diketuk bertalu - talu oleh mummy. Risau betul bila anaknya nak ajak aku berbincang dalam bilik.
"Naz! Buka pintu ni, semua salah mummy!" Pintu diketuk lagi. Masih jelas suara mummy dari luar.
Nazhan mengetap rahangnya. Tangan dia meramas kasar rambut sendiri. "Naz nak bincang dengan Tania sekejap je, mummy. Please... leave us alone."
Kemudian matanya kembali tertumpu kepada aku. "Aku anak dia, Tania! You should tell me about this. Sebelum ni pun sama, kenapa tak bagitahu?"
Aku duduk sambil menyilangkan kaki. Bibir aku menarik senyuman sinis tatkala mendengar gelaran yang ditukar serta merta apabila Nazhan marah.
Nasib baik aku masih belum buka niqab, jadi dia tidak nampak riak wajah aku. Nafas dihela perlahan sebeluum menuturkan kata. "Sorry."
Riak wajah Nazhan berubah terkejut. Dia mengerutkan dahinya. "Really? Tu je kau nak jawab bila aku marah?"
Dahi aku juga berkerut. Aku tak faham kenapa Nazhan kena bangkang apa yang aku jawab sedangkan aku hanya minta maaf.
"Tania, what are you doing? Kau biar je aku tengking kau? You are not like this! You are more than this!"
Entah kenapa darah aku menyirap. Aku pandang Nazhan tajam sebelum jemari aku merungkai kasar tali niqab di belakang kepala. "Jadi awak nak saya macam mana?" soal aku perlahan.
Nazhan mengetap rahangnya. "You are not my Tania anymore... you are totally different."
Mendengar akan itu, aku membuka tudung aku dengan pantas. Lalu tudung itu aku campak pada wajah Nazhan dengan kasar. "Ini Tania kau!"
Wajah Nazhan berubah. Dia tersentak apabila Tania yang tadinya lembut kini bersikap kurang ajar dengan dia. Tapi memang itu yang dia nak kan?
"Ini Tania kau! Tania yang kau nakkan sangat tu, ini dia!"
"Tania..."
"You were gone for eight years, Nazhan. Kau expect aku nak jadi macam mana?! Stop asking me why I am different now because you will never like the old Tania. You will never like to see how cruel is she, psycho and different! She is a monster so stop asking for a monster to come out!"
Nazhan terdiam. Dia tersandar pada dinding sambil matanya merenung aku tak percaya. Dia tak percaya isteri dia yang sopan tadi dah bertukar seratus peratus.
Aku tersenyum sinis melihat wajah kaget Nazhan. Tangan aku merungkaikan getah rambut supaya rambut aku dibiar lepas. "Ini Tania, kau tak nak sapa aku elok - elok ke?"
"Nonsense. Kau cuba nak buat aku terkejut ke, honey?"
Tubuh aku bangkit dari birai katil. Bibir melakar senyuman sinis buat Nazhan. "Awak terkejut ke? Awak tak suka saya macam tu?"
Riak wajah Nazhan yang tegang tadi mengendur. Dia mencapai tangan aku lalu digenggam kemas. "Aku... eh saya..."
"Tak apa. Awak boleh marahkan saya macam mana pun, saya okay je." aku melakar senyuman palsu. Sempat aku menepuk bahu Nazhan sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik mandi.
Dalam bilik mandi, aku membuka pili air sekuat yang mungkin. Tangan aku lalukan pada pili air sambil mata merenung wajah pada cermin.
Tania dan Melinda...
YOU ARE READING
The Endlessly✔️
Romancei forget just why i let you come in. ••• mempersembahkan- Mereka berdua bagaikan dakwat dan kertas. Mereka saling memerlukan di antara satu sama lain. Kalau salah seorang menjauh, mulalah ada yang tak senang duduk! Namun salah seorang dari mereka m...