BAB 13

6.6K 564 91
                                    

"I'm bored"

Erina yang sedang memasak di dapur menghiraukan saja rengekan Edrian. Pagi2 hujung minggu ni ada je benda yang mamat Edrian tu tak puas hati.

"Cupcake, I'm bored."

Diam.

"Cupcake, hellooooo"

Diam.

"CUPCAKEEEE"

Erina segera menoleh ke belakang memandang Edrian yang sedang duduk di kerusi panjang di kaunter dapur. Wajah Erina menyinga.

"Apa?? Saya tengah masak ni kan? Awak nak apa?" Soal Erina dengan mata bulat. Geram sungguh dia dengan Edrian.

Edrian sengih. Kalau dia tak nampak muka marah Erina sehari, tidak tenang hidupnya. Suka benar dia mengusik gadis itu.

"I'm bored."

"Habis tu? Awak nak saya buat apa? Pergi la keluar dengan kawan awak ke, dengan girlfriend ke." Cadang Erina lalu dia kembali menghadap masakannya.

"That's boring. I always did that. I want to do something else."

Diam.

"Erina, you better layan me or I'll--"

Erina merengus kasar lalu meletakkan senduk di atas kaunter dapur. Mamat ni suka hati dia je kan nak ugut2. Erina menoleh ke belakang lagi.

"Okayy, Encik Edrian. Apa Encik nak buat pada hujung minggu yang ceria ini?" Soal Erina dengan senyuman palsu.

Edrian senyum. "Alright....I dunno. What's your suggestion?"

Erina menahan marah. Eeee dia tanya aku pulak. Nak je aku cepuk mamat ni bagi hilang sikit sengal tu.

"Err, bowling?"

Erina sebut saja apa yang ada dikepalanya secara spontan. Dia mahu cepat2 beri idea yang boleh senyapkan mamat Edrian ni.

Edrian diam. Dia memandang Erina tanpa riak. Jari2nya diketuk perlahan pada meja, tanda dia sedang berfikir. Erina pula kerut kening.

"That's a nice idea!"

Erina terasa sangat lega apabila Edrian bersetuju. Boleh la mamat tu pergi keluar dan berhenti menganggu hidupnya. Erina kembali menghadap masakannya.

"Let's go, cupcake"

Sepantas kilat Erina menoleh memandang Edrian. "Ha? Pergi mana??"

"Tadi kau yang cadang kita main bowling."

"Tapi saya ingatkan awak nak pergi  dengan kawan2 awak??" Soal Erina, keliru.

Edrian senyum sinis lalu dia bangun dari kerusi menuju ke Erina. Tangannnya melingkar di bahu gadis itu.

"Cupcake, you're my friend, too, right?"

Erina seperti tak percaya dengan apa yang dia dengar. Kalau boleh dia mahu melarikan diri dari Edrian hujung minggu itu.

Namun dia terpaksa ikut lelaki itu main bowling pula.

*    *    *

Erina memakai hoodie berwarna Khaki dengan shawl peach. Malas dia mahu bersiap.

Edrian pula memakai sweater Adidas dengan T-shirt putih di dalam yang menampakkan tubuhnya yang tegap. Sweater itu dizip separuh saja dan lengan sweater itu disinsing sedikit.

Mamat ni nak main bowling pun macam nak pergi photoshot, rungut Erina.

Mereka pergi ke kaunter sebaik saja tiba di tempat permainan bowling yang luas itu. Mereka mengambil kasut lalu menuju ke lorong bowling mereka.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now