❤️16

158 7 0
                                    

"Bagus.. Bonda nak projek ni boleh buat bisnes bonda bertambah maju. Bolehkan? "Pen dalam tangan dipusing suka oleh Puan Irene.

"Bonda jangan risau. Saya akan pastikan semua hotel saya promote produk-produk bonda. Ok? "Tuan Azraf bangun mahu keluar daripada euang pejabat itu.

Namun, Heily tidak sempat menghalang lelaki berhoodie hitam itu daripada masuk. "Im so sorry, madam. I banyak kali halang.. Dia tetap nak masuk. "

Tuan Azraf memberi pandangan penuh makna pada bondanya. Bukan dia tak tahu tindak tanduk bondanya itu. Ada saja jalan pintas yang boleh memenuhi kemahuan diri.

"It's okay.. I'm already on my way leaving this room. Bonda, saya balik office dulu. "Tuan Azraf melintasi lelaki Agak muda itu.

"Aku ada bahan baru. "Lelaki itu tidak tunggu Heily keluar.

"Heily.. Kalau ada orang kata nak meeting sekarang.. Cakap saya ada urgent meeting.. Kejap je. Tak lama pun."Puan Irene guna isyarat mata pada lelaki itu untuk masuk.

Tutup sahaja pintu, Puan Irene mengeluh kasar di tempat duduknya. "Huhhh.. Kau ni pon satu.. Kan aku dah bagi tau. Hari ni anak aku datang. Kau kena muncul dekat bangunan ni lepas lunch. Degil. "

Lelaki berhoodie itu buat tak endah. Dia duduk atas kerusi depan wanita itu selamba. "Aku nak payment aku dulu. Kalau tak.. Satu sampul ni aku jual dekat owner dia As maklumat yang kau curi. "

Lelaki itu campak satu sampul berwarna kuning cair atas meja Puan Irene. Puan Irene mendecit tidak suka. Senang betul hati dia mengugut orang yang dah bagi dia rezeki dua tiga tahun ni.

"Ok. Aku bank in RM 5000.. Lagi separuh aku bayar bila problem ni settle. "Puan Irene capai sampul surat itu di atas meja, pada masa yang sama,

"Opp.. Kejap.. Sabar. Katakanlah aku tak boleh teruskan operasi.. Aku tetap dapat payment aku kan? "Lelaki itu sempat tahan sampuk itu terlepas ke tangan Puan Irene.

Puan Irene angkat kening sebelah.

"Besar sangat ke maklumat ni sampai kau gelabah semacam ni? "Puan Irene tenung tajam wajah berkumis nipis itu.

Ternaik sedikit hujung bibir lelaki itu.

"Bergantung.. "




💮💮💮






Imani melabuhkan duduk setelah dua bakul baju disidai pada, ampaian. Memandangkan Aniq 'meletup' minggu lepas, satu kerja pun tak jalan. Hari-hari Imani jalani hidup dalam rasa bersalah.

Imani angkat kaki kiri ke atas sofa lalu diurut untuk menghilangkan sengal. Habis bengkak kedua belah kakinya. Dah serupa kaki gajah! Imani mencebik risau.

Kalau kaki dia meletup macam mana?

No.. No..

Jap.. Kalau abang Aniq tak suka tengok kaki gajah dia? Halah...

Imani percepatkan urutan. Walaupun bengkaknya mustahil surut sekejap itu, Imani tetap positif bahawa kakinya makin mengecil seinci demi seinci.

Serius!

🎶Yaa.. Albi nadak.. 🎶

Terperanjat Imani bila telefonnya nyaring menjerit minta diangkat. Laju tangan tembam dia mencapai telefon atas meja kopi di depannya.

"Hello.. Assalamualaikum Rin!! "Tak sempat ibu kepada dua budak comel tu nak menyapa, Imani dulu menjerit beri salam.

"Weh! Kalau ya pun, tak payah la memekak tengah hari buta ni. "Sarina gosok telinga beberapa kali.

Janan Imani Raya! ✔Where stories live. Discover now