Crettt..
Pintu kereta Honda City dibuka kasar. Badan yang menggeletar kuat tak mampu dikawal lagi. Dia dah buntu. Selagi mereka berdua ada dalam negara ni, dia tak boleh tenang. Dia kena keluar! Dia kena lari!
"Ida...."
"Ida?!"
Puan Irene yang kelam kabut buka kunci pintu terus berlari naik ke tingkat dua rumah kayu itu. Pengawal di pintu tidak diendahkan. Sekarang ni, dia dan Azwa Shahida perlu hilang dari bumi Malaysia sekarang jugak.
"Nenda? "
"Nenda! "Azwa Shahida terus turun dari katil lalu peluk tubuh langsing Puan Irene.
Puan Irene balas erat tubuh itu. Hingga terpejam matanya menahan lega dan risau dalam jiwanya. "Ida... We need to go now. We don't have enough time. Pack things that you need only. We are going back. "
Azwa Shahida tolak tubuh nendanya lemah. Tergeleng perlahan kepalanya. "No.. No.. Ida tak nak. Bukan untuk kali ni. Ida tak nak lari kali kedua ni. Please... "Azwa Shahida pegang erat kedua belah tangan Puan Irene.
"Ida... Please... Nenda faham.. Tapi kali ni bukan pasal Ida je. Sekarang ni.. Nenda pun akan ada dalam masalah... Just please, sweetheart.. We need to go. "Puan Irene lepaskan pegangan itu lalu bahu Awa dipegang kuat.
"Nenda.... Ida love him. He has all what Raid has. Please.. Let me have him this time. Kalau Ida terlepas Raid... Kali ni, I want Aniq. Ida takkan lepaskan untuk kali kedua. Please, nenda... "Azwa tolak kuat tangan dibahunya. Anak matanya menunjukkan aura berbeza.
Puan Irene terkedu. Azwa Shahida yang lemah lembut sudah bertukar jadi orang lain. Dia dah jadi wanita yang tegas dengan kehendaknya. Perkara ni tak boleh berlanjutan. Mereka kena keluar sebelum keadaan bertambah teruk.
"No! Kita kena balik.. Kita kena balik ke UK sekarang. Nenda tak kisah. We need to go right now! "Puan Irene ambil satu beg sandang saiz sederhana lalu ambil beberapa pakaian dan barang keperluan yang dirasakan cukup untuk Azwa.
"No matter what.. I'm not going with you. FULLSTOP!" Azwa Shahida bersuara tinggi lalu berlari keluar dari bilik.
Pengawal yang ada berjaya Azwa elak. Bukan senang, tapi dia dah masak dengan cara mereka. Arwah Raid Fathul dah kongsi segala pergerakan rahsia mereka. Jadi maklumat yang satu masa dulu dirasakan tidak berguna buat Azwa Shahida rasa lega. Ahh.. Dia rindu lelaki itu. Sebab itu dia perlu miliki Aniq.
Dia akan jadikan Aniq.. Sebagai Raid. Tak mustahil. Dunia ni terlalu banyak kejutan dan menukarkan Aniq kepada Raid benda yang biasa. Kan?
Azwa sempat ambil kunci kereta Honda. Kelam kabut Azwa hidupkan kereta lalu diundur sedikit untuk keluar daripada laman rumah kayu itu. Dia pandang cermin pandang belakang sesekali. Dia nampak Puan Irene yang teresak menangis mengejar kereta yang dipandunya.
Tapi dia tekad. Aniq Azizi perlu ditukarkan kepada Raid Fathul, cinta hatinya.
****
"Korang tunggu apa lagi? Bawa kereta ke sini sekarang! "Puan Irene lap air mata kasar.
Kereta Toyota Vios berhenti di hadapan Puan Irene. Dua pengawal tadi dah selamat dalam kereta. Masuk sahaja Puan Irene, kereta terus memecut laju keluar daripada kawasan perkampungan itu. Azwa Shahida perlu dicari.
"Puan.. Honda City tu dah lepas tol masuk bandar. Still kejar? "Salah seorang pengawal bersuara dengan satu telefon dalam tangan.
"Kejar. Kejar walaupun dia ke rumah I. Faham ?!"Puan Irene genggam tangannya. Ahh! Azwa Shahida dah melampau!
YOU ARE READING
Janan Imani Raya! ✔
RomanceMasih ingat Aniq Azizi si Romeo turun takhta? Atau Janan Imani si Miss Lu'lu? Haaa.. ni nak habak mai... cerita kali ni bukan kaleng-kaleng punya cerita. cerita kali tentang dugaan Aniq dan Imani dalam raya kali kedua mereka. Nak tau apa jadi...