𓍲 章 , 𝟓

68 29 110
                                    

. 𝓦𝓲𝔃𝓪𝓻𝓭 𝓚𝓲𝓷𝓰𝓭𝓸𝓶 .

 𝓦𝓲𝔃𝓪𝓻𝓭 𝓚𝓲𝓷𝓰𝓭𝓸𝓶

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𖡼.𖤣𖥧 𖥧𖤣.𖡼

⁂ 𝐒𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐢𝐬𝐟𝐢𝐫𝐞

( keluarga Kim )

Mimi memasuki ruang makan bersama keluarganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mimi memasuki ruang makan bersama keluarganya.

" Uwah, sedapnya makanan hari ini! " puji Mimi teruja melihat pelbagai jenis makanan sedang dihidangkan diatas meja makanan.

" Duduk Mimi. Tunggu ayahanda kamu kemari " arah permaisuri Kim. Mimi turut duduk dikerusinya.

Dari pintu masuk dewan makan, kelihatan Raja Kim datang dengan senyuman diwajahnya. Mimi memandang ayahandanya dengan pandangan pelik.

Gundik-gundik mula menuangkan air dan mengisi makanan disetiap pinggan Raja Kim dan sekeluarga.

" Jemput makan semuanya " ucap Raja Kim. Mereka mula menjamu hidangan tersebut.

Mimi yang mulanya asyik dengan keenakkan makanan itu mula tidak henti mengerling kearah Raja Kim. Pelbagai tanda tanya mula muncul difikirannya.

" Ayahanda? " sapa Mimi. Raja Kim memandang Mimi.

" Kenapa puteriku? Ada masalah ke dengan hidangan ini? " tanya Raja Kim. Mimi menggeleng.

" Mimi tak ada masalah dengan makanan ini. Yang menjadi masalahnya, kenapa dari tadi ayahanda asyik tersenyum. Kenapa? " akhirnya Mimi bersuara.

" Kalau ayahanda bertanya, sudikah kamu menyetujui pendapat ayahanda ini? " tanya Raja Kim. Mimi mengangguk. Raja Kim pun memulakan bicaranya.

" Jika kamu dihantarkan ke Skye Academy itu, mahukah kamu pergi? " tanyanya lagi. Mimi terdiam. Lama juga dia berfikir.

" Kalau diikutkan hati, Mimi setuju sangat ayahanda. Sebab Mimi nak asah lagi kuasa Mimi ni. Mimi sudah bosan duduk di istana ini " ujar Mimi pula.

" Baguslah kalau begitu. Mulai esok, kami sudah boleh mula kemas barang-barang kamu. Nanti ayahanda akan hantar kami kesana pada harinya " kata Raja Kim. Mimi hanya tersenyum riang.

════════════════════════

( keluarga Mo )

" Apa ni ayahanda! Chu tak nak pergi sana lah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Apa ni ayahanda! Chu tak nak pergi sana lah. Tolong lah faham " marah Chuyeon dengan api yang membara ditangannya. Matanya bertukar berwarna merah menyala. Tak seperti mata biasa.

" Kenapa kamu degil sangat ni Chu? Kamu nak ke kerajaan kita ni musnah hah? " tanya Raja Mo dengan sabarnya. Dia tahu anaknya itu memang susah untuk menerima kenyataan sebegini.

" Kalau ayahanda nak sangat, ayahanda pergilah hantar saeng tu. Chu memang tak akan setuju langsung " bentak Chuyeon lagi. Dia terus naik ke biliknya. Raja Mo melepaskan meluhan berat. Ade sedikit rasa kecewa dihatinya.

" Sabar ye sayang. Lama-lama nanti dia akan okay lah tu " pujuk isterinya. Raja Mo tersenyum paksa.

Tidak lama kemudian, selepas kejadian pertengkaran antara Chuyeon dengan Raja Mo, adik Chuyeon datang kebiliknya.

Dengan berhati-hati dia mengetuk pintu bilik kakaknya itu. Takut akan kemarakan api dari kuasa kakaknya itu akan melukai dirinya. Dia berjalan masuk dengan berhati-hati kearah kakaknya.

" Unnie " panggil adik Chuyeon. Chuyeon tidak mengendahkan panggilan adiknya. Dia sedaya upaya cuba mengawal kuasanya.

" Boleh adik bertanya kepada unnie? " tanya adiknya. Chuyeon menarik nafas lalu melepaskannya dengan perlahan-lahan. Dia menoleh kearah adiknya.

" Ada apa adikku sayang " tanya Chuyeon dengan sebuah senyuman. Dia menarik adiknya mendekati dirinya.

" Kenapa unnie tak nak pergi ke Skye Academy tu? " tanya adiknya. Chuyeon mendiamkan diri. Senyuman diwajah kian luntur.

" Unnie tak rasa unnie akan bebas bila berada disana. Mesti jadualnya sangat padat. Unnie mahukan kebebasan seperti sekarang. Bukannya tiada pewaris putera nanti. Kenapa unnie juga yang dipilih " ujar Chuyeon.

" Jangan begitu unnie. Adik yakin, suatu hari nanti unnie akan menjadi puteri yang terkuat didunia ni! Boleh lah hari-hari adik tolong unnie kejar orang jahat nanti " kata adiknya dengan tawa.

Kata-kata adiknya itu membuatkan hati Chuyeon rasa bersalah. Bersalah kerana menolak tawaran ayahandanya. Dengan pantas dia mencari ayahandanya kembali. Akhirnya dia terjumpa Raja Mo berada dibalkoni biliknya.

" Ayahanda " sapa Chuyeon perlahan. Raja Mo menoleh.

" Maafkan Chuchu. Chuchu akan pergi demi keluarga dan kerajaan kita " kata Chuyeon. Terbitlah riak kegembiraan diwajah Raja Mo.

🏻🏼🏽🏾🏿🏻🏼🏽🏾🏿

yo yo ayuh! makan powertan! ehh- tak tak. haa masih disana lagi ke kalian semuanya??? cliche ke? hamba disini mahu mendengar comment tuanku sekalian iya. harapnya baik-baik belaka🤭❤

[ © ] 𝗪𝗜𝗭𝗔𝗥𝗗 𝗞𝗜𝗡𝗚𝗗𝗢𝗠 - 𝗔𝗙Where stories live. Discover now