𓍲 章 , 𝟏𝟑

52 28 54
                                    

. 𝓦𝓲𝔃𝓪𝓻𝓭 𝓚𝓲𝓷𝓰𝓭𝓸𝓶 .

 𝓦𝓲𝔃𝓪𝓻𝓭 𝓚𝓲𝓷𝓰𝓭𝓸𝓶

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

𖡼.𖤣𖥧 𖥧𖤣.𖡼

⁂ 𝐒𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐅𝐢𝐧𝐝𝐚𝐫𝐚

( keluarga Kim )

" Ayahanda " panggil Minjoo

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

" Ayahanda " panggil Minjoo.

" Ada apa puteriku? " tanya Raja Kim. Dia mengemas surat utusan yang diberi oleh penduduk kerajaan Findara.

" Minjoo nak cakap sesuatu dekat ayahanda boleh? " tanya Minjoo. Raja Kim mengangguk.

" Apa yang tidak boleh nya. Silakan sayangku " kata Raja Kim. Minjoo tersenyum.

" Kalau Minjoo ingin belajar boleh kah ayahanda? " tanya Minjoo dengan nada yang penuh sopan. Raja Kim agak terkejut mendengar pertanyaan anak gadisnya itu.

Bukan apa, selama ini tidak pernah Minjoo berkata atau berhasrat ingin belajar dimana-mana tempat pun. Tetapi kali ini, agak pelik tiba-tiba hatinya terdetik mahu belajar.

" Belajar? Kamu mahu belajar apa Minjoo? " tanya Raja Kim.

" Kalau diizinkan, Minjoo mahu belajar memperkuatkan kuasa Minjoo ini ayahanda " Minjoo bermain-main dengan hujung lengan gaunnya.

Raja Kim terdiam. Minjoo juga turut terdiam. Dia takut jika ayahandanya akan menolak permintaannya itu. Tetapi tidak sama sekali.

" Minjoo " Minjoo memandang muka Raja Kim.

" Nae? "

" Jangan risau. Lagipun, kebetulannya ayahanda telah menghantar nama kamu ke Skye Academy. Jadi kamu boleh lah belajar disana nanti " ujar Raja Kim. Raut wajah Minjoo berubah menjadi ceria.

" Betul kah? " tanya Minjoo.

" Benar anakku " kata Raja Kim.

" Jika begitu, bila Minjoo dapat pergi ke sana ayahanda? " tanya Minjoo teruja.

" Ayahanda pun tidak tahu lagi. Tunggu sahaja pihak academy itu melaporkan tarikhnya " ujar Raja Kim.

" Wah, tak sabar rasanya untuk belajar " kata Minjoo lagi.

" Minjoo. Kenapa kamu mahu belajar? " giliran Raja Kim bertanya kepada Minjoo.

" Sebab Minjoo suka mencuba benda yang baru. Dan lagi satu, dapatlah Minjoo rasa bebas sedikit untuk keluar daripada duduk di dalam istana ini " terang Minjoo.

Tiba-tiba raut wajah Raja Kim berubah muram apabila mendengar keterangan anaknya itu. Dia rasa bersalah kerana tidak memberikan kebebasan kepada anaknya itu. Mungkin juga Minjoo berasa tertekan duduk sendirian di dalam istana yang besar ini.

" Maafkan ayahanda, Minjoo. Ayahanda tidak bermaksud untuk mengurung kamu di dalam istana ini. Maafkan ayahanda ya " ucap Raja Kim.

" Eh, tidak mengapa ayahanda. Minjoo tidak salahkan ayahanda. Minjoo sahaja yang tidak memberitahu hal ini kepada ayahanda. Terima kasih juga kerana telah menerima permintaan Minjoo untuk belajar di luar " ujar Minjoo. Raja Kim tersenyum bahagia.

════════════════════════

( keluarga Jeon )

" Yah, Puteri Jeon Jungsoo " panggil permaisuri Jeon

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

" Yah, Puteri Jeon Jungsoo " panggil permaisuri Jeon. Jungsoo yang sedang asyik melukis ditaman belakang istana terus menoleh.

" Oh, bonda rupanya. Ada apa bonda? " tanya Jungsoo.

" Bonda panggil kamu dari tadi. Kamu tidak dengar kah? " tanya permaisuri Jeon. Jungsoo tersengih.

" Maaf bonda. Kenapa bonda cari Soo? Nak Soo tolong apa-apa ke? " tanya Jungsoo.

" Ini, bonda nak kamu lukiskan corak pada pasu ini. Bonda nak minta pekebun kita asingkan bunga mawar kita tu ke pasu yang baru buat ini " kata permaisuri Jeon sambil menunjukkan beberapa pasu yang baru buat oleh pekebun.

" Oh, boleh saja bonda. Letak je tepi tu, nanti Soo buatkan ye " kata Jungsoo. Pekebun-pekebun itu meletakkan pasu-pasu itu ditepi stor lukisan. Lalu permaisuri dan pekebun berlalu pergi dari situ.

" Ahh, nikmatnya dapat melukis hari ini. Semalam hujan, rosak semua lukisanku. Nama saja ada kuasa air, tetapi tak mampu nak tampung air hujan supaya tak rosakkan lukisan sendiri " omel Jungsoo pada diri sendiri. Dia tidak menyedari jika Raja Jeon sudah berada dibelakangnya. Mendengar segala omelnnya.

" Kamu omelkan apa wahai puteriku. Dari tadi ayahanda dengar. Tak henti-henti mengomel sendirian " kata Raja Jeon.

" Soo marahkan diri sendiri " kata Jungsoo.

" Eh, kenapa pula? Kamu buat apa sampai nak marahkan diri sendiri? " tanya Raja Jeon.

" Tidak, Soo rasa marah sebab tak mampu nak pertahankan lukisan Soo ni dari terkena hujan. Semalam semua lukisan Soo habis rosak gara-gara terkena air hujan " ujar Jungsoo dengan muncungnya kedepan.

" Alahai anak ayahanda ni. Jangan kata begitu. Kamu tak salah lah sayang. Apakata kamu belajar kuatkan kuasa kamu tu nak? " tanya Raja Jeon. Jungsoo berhenti melukis seketika.

" Belajar? Mahu belajar dimana wahai ayahanda? Siapa saja yang mahu mengajar Soo ni " kata Jungsoo. Dia kembali menyambung melukis.

" Ayahanda sudah hantar nama kamu ke Skye Academy. Jadi kamu boleh belajar disana nanti. Disana terdapat beberapa pengajar yang hebat dan handal belaka. Biar dia ajar kamu jadi puteri yang kuat dan terhebat dikerajaan kita ini " kata Raja Jeon memujuk Jungsoo.

" Benarkah? " tanya Jungsoo. Raja Jeon mengangguk.

" Kalau begitu, Soo mahu pergi lah. Kedengaran macam menarik sahaja. Betul juga, nanti Soo boleh jadi puteri yang kuat macam ayahanda " kata Jungsoo semangat.

" Boleh sayang. Sudah, teruskan lah kerja kamu itu. Ayahanda pergi dulu " ujar Raja Jeon. Lalu beredar dari situ dengan gembira sekali.

🏻🏼🏽🏾🏿🏻🏼🏽🏾🏿

Done update lagi. Fuh, hampir pecah otak Kim nak fikirkan ayat😂 Nasib baik keluar jugak. Oky, tunggu pula next bab okay. Kita akan mulakan adventure! Let's go🤩

[ © ] 𝗪𝗜𝗭𝗔𝗥𝗗 𝗞𝗜𝗡𝗚𝗗𝗢𝗠 - 𝗔𝗙Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin