𓍲 章 , 𝟏𝟐

48 29 74
                                    

. 𝓦𝓲𝔃𝓪𝓻𝓭 𝓚𝓲𝓷𝓰𝓭𝓸𝓶 .

 𝓦𝓲𝔃𝓪𝓻𝓭 𝓚𝓲𝓷𝓰𝓭𝓸𝓶

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𖡼.𖤣𖥧 𖥧𖤣.𖡼

⁂ 𝐒𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐄𝐥𝐥𝐞𝐬𝐦𝐞𝐫𝐞

( keluarga Jung )

Bunyi ketukan pintu bilik membuatkan sang pemilik terkejut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi ketukan pintu bilik membuatkan sang pemilik terkejut. Mina bangun dari meja kerjanya dan membukakan pintu. Wajah manis bondanya dipandang.

" Oh, bonda rupanya " kata Mina.

" Kamu sibuk kah anakanda? Jika tidak, boleh kah kamu mengikut bonda ke bilik persalinan? Ada sesuatu bonda mahu tunjukkan kepada kamu " ujar permaisuri Jung.

" Boleh bonda. Ayuh kita " kata Mina. Mina mengikuti permaisuri kebilik persalinan.

Sesampainya disitu, dia berasa pelik kerana melihat hadirnya tukang jahit yang sering membuat baju gaun mereka disitu.

" Eh, ada tukang jahit sekali bonda? " tanya Mina. Permaisuri mengangguk.

Sebuah layar yang luas disangkut didinding itu diselak oleh tukang jahit. Mata Mina terus membulat. Terkejut dia dibuatnya.

" Wah! Cantiknya gaun ini bonda " puji Mina pada sepasang gaun berwarna biru putih yang baru sahaja ditayangkan kepadanya.

" Kamu cuba lah pakainya. Mesti sesuai dengan tubuh kamu " ujar permaisuri Jung. Mina dengan gembira terus dia mencuba gaun itu.

Setelah Mina mencuba gaun itu, dia keluar dari bilik persalinan itu. Permaisuri dan tukang jahit itu terlihat terpegun dengan kecantikan Mina mengenakan gaun biru putih itu.

" Mina! Anggun sungguh kamu didalam gaun itu sayangku. Bonda terharu melihat kamu. Teringat akan kisah muda bonda dahulu kala " puji permaisuri Jung. Mina senyum tersipu malu. Habis merah mukanya asyik dipuji.

Tiba-tiba Raja Jung menceleh. Entah dari mana datangnya pun tidak tahu.

" Cantiknya anak ayahanda ni " puji Raja Jung pula.

" Ayahanda " Mina mendapati ayahnya.

" Macam ni baru boleh jadi pengganti ayahanda nanti " kata permaisuri. Mina memandang bondanya pelik.

" Pengganti ayahanda? Maksud bonda? " tanya Mina yang masih tak faham maksud permaisuri.

" Ehem, macam ni Mina.. " Raja Jung membawa Mina berjalan keluar dari bilik persalinan itu. Dibawanya bersiar ditepi kolam.

" Apa maksud bonda tadi ayahanda? Mina tak faham lah " kata Mina.

" Dunia kita dalam bahaya Mina. Ayahanda tidak kuat untuk melawan mereka lagi dengan tangan ayahanda sendiri. Mereka semakin kuat. Ayahanda perlukan pembantu juga. Waris terakhir ayahanda jika ayahanda tewas " kata Raja Jung. Mina terdiam seketika. Lidahnya kelu untuk berkata-kata.

" Ayahanda. Jangan berkata begitu. Mina tidak suka mendengarnya. Mina kan ada untuk tolong ayahanda dan yang lain. Mina sanggup buat apa sahaja untuk lindungi dunia kita " ujar Mina.

" Jadi, ayahanda mahukan kamu mempersetujui untuk belajar di Skye Academy itu. Boleh? " tanya Raja Jung.

" Apa yang tidak boleh ayahanda. Mina juga mahu memantapkan lagi kemahiran dan kuasa yang ada. Demi nyawa manusia di dunia ini, Mina sanggup berkorban " kata Mina pula.

Raja Jung memeluk anak gadisnya dengan erat sekali. Dia tahu bahawa Mina akan pergi juga jika dia tidak memohon jawapan Mina.

════════════════════════

( keluarga Shin )

Jae duduk termenung dibirai katilnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jae duduk termenung dibirai katilnya. Bosan dengan kehidupannya. Duduk seorang diri dalam bilik tanpa ada teman. Dia hanyalah anak tunggal dalam keluarga Shin itu.

" Ah bosan aku. Nak buat apa pun tak tahu dah " jerit Jae didalam biliknya.

Bunyi keriuhan suara pengawal diluar istana menarik perhatian Jae untuk melihatnya.

" Apa yang mereka buat tu? " Jae melihat keluar biliknya. Dia ternampak beberapa orang pengawal sedang memandikan kuda istana.

" Wah, seronok sungguh mereka dibawah sana. Nak pergi tengok lah " Jae masuk kembali kebiliknya. Dia menukar bajunya.

Dengan rasa semangatnya, dia berlari menuruni tangga istana. Permaisuri yang nampak Jae berlari itu terus menegur Jae. Tetapi Jae tidak memperdulikan teguran bondanya. Dia terus kekandang kuda dimana ada pengawal yang sedang memandikan kuda istana.

Jae datang mendekati pengawal itu dengan perlahan-lahan. Tanpa pengawal itu tahu, Jae sudah berada disamping mereka sahaja.

Apabila pengawal itu memusing, terlihalah wajah Jae disebelah mereka. Menggelupur semuanya kerana terkejut dengan kehadiran Jae secara tiba-tiba.

" Tuan Puteri! " mereka menunduk hormat. Jae sudah tergelak puas.

" Kelakar sungguh kamu semua ini. Sejak tadi beta datang, tiada sesiapa pun yang perasan " ujar Jae masih yang tawanya.

Tiba-tiba nama Jae dipanggil oleh Raja Shin. Dia terus menoleh kearah ayahandanya itu.

" Ye ayahanda, ada apa? " tanya Jae.

" Ikut ayahanda sebentar " ujar Raja Shin. Jae sekadar mengangguk. Jae mengikuti Raja Shin dari belakang. Mereka bersiar-siar ditepi tasik berdekatan dengan kandang kuda itu.

" Kenapa ayahanda? " tanya Jae.

" Tiada apa-apa Jae sayang. Cuma ayahanda mahu memberitahu kamu sesuatu perkara yang penting " kata Raja Shin.

" Apa dia? " tanya Jae lagi.

" Ayahanda telah bersetuju dengan pihak diraja kerajaan Luciana untuk menghantar kamu ke Skye Academy. Tempat dimana dulunya pahlawan-pahlawan terkenal dilatih disitu. Jadi ayahanda mahu kamu mempersetujui untuk pergi " terang Raja Shin. Jae mengganguk tanda dia memahami maksud ayahandanya itu.

" Jae setuju ayahanda. Lagipun Jae bukan buat apa-apa disini. Jika Jae pergi belajar disitu, dapat juga Jae timba pengalaman baru dan tingkatkan lagi kemahiran yang sedia ada ini. Betul kan ayahanda? " kata Jae.

" Benar kata kamu. Begitulah puteri ayahanda. Berani mencabar diri sendiri " puji Raja Shin kepada Jae.

Mereka berdua berbual sepanjang jalan itu.

🏻🏼🏽🏾🏿🏻🏼🏽🏾🏿

Done update! Maaf kelewatan ye gais🙆🏻‍♀️ so how setakat ni? jangan lupa komen dan tekan butang bintang vote tu😘

[ © ] 𝗪𝗜𝗭𝗔𝗥𝗗 𝗞𝗜𝗡𝗚𝗗𝗢𝗠 - 𝗔𝗙Where stories live. Discover now