31

587 56 11
                                    

"Hazirul, tu awek kau lalu."

Aku menghiraukan mereka lalu berjalan laju menuju ke kelasku. Hampir setiap hari bila aku berjalan di koridor melepasi kelas 4 Sastera 1, mesti akan kedengaran usikan-usikan nakal seperti itu. Aku tidak mempedulikan segala usikan itu tapi jujur aku katakan yang aku dah muak dengar semua tu.

Si Hazirul tu pun satu. Kenapa entah dia biarkan je budak-budak lelaki lain ejek dia dengan aku macam tu.  Dia ingat aku suka ke orang asyik ejek aku dengan dia? Lagi rasa menyampah adalah.

"Nailah, aku nak tanya kau something ni." Ujar Syuhada sebaik sahaja aku melabuhkan duduk.

"Apa dia?"

"Kau memang tak ada rasa suka langsung ke kat Hazirul?" Soalan Syuhada membuatkan aku mengerutkan dahi.

"Kenapa kau tiba-tiba tanya macam tu?"

"Saje je tanya. Sebab apa yang aku tahu, dia suka kau dari Form 1 lagi dan sekarang ni kita dah Form 4. Maknanya dah 4 tahun dia suka kau. Tapi takkan lah selama 4 tahun ni kau sikit pun tak ada rasa suka kat dia?" Syuhada menyoal panjang lebar.

"Entahlah aku pun tak tau apa yang aku rasa. Tapi mana kau tau dia suka aku? Sebab dia sendiri tak ada pun bagitau aku yang dia suka aku. Cuma budak laki lain je asyik ejek aku dengan dia."

"Dari cara dia tu nampak sangat yang dia memang suka kau. Kalau dia tak suka, takkan dia biarkan je budak-budak laki lain ejek dia dengan kau. Lagipun kau ingat tak masa perjumpaan tahfiz petang semalam?"

"Kenapa dengan perjumpaan tu?"

"Cuba kau ingat balik masa perjumpaan tu kan dia asyik pandang kau je."

Aku mengimbas kembali perjumpaan kelab tahfiz petang semalam.

Flashback

Aku dan 11 orang pelajar tahfiz perempuan yang lain memasuki surau asrama lalu duduk di belakang 8 orang pelajar tahfiz lelaki yang sudahpun berada dalam surau. Petang ini kami ada perjumpaan semua ahli kelab tahfiz.

Setelah mengucapkan salam kepada Ustaz Hafiz dan Ustazah Asyikin yang baru memasuki surau, Ustaz Hafiz memulakan percakapan.

"Baiklah, terima kasih semua sebab menghadirkan diri. Ini merupakan kali pertama kesemua ahli berkumpul untuk tahun ini. Tujuan perjumpaan kita petang ini adalah untuk membincangkan rombongan kelab tahfiz buat kali pertama. Jadi, ada sesiapa boleh bagi cadangan untuk kita pergi mana?"

Maka bermulalah cadangan tempat untuk rombongan ahli kelab tahfiz dan akhirnya negeri Terengganu dipilih sebagai destinasi rombongan.

Setelah kata-kata daripada Ustazah Asyikin yang memberi semangat kepada kami untuk teruskan menghafaz Al-Quran, ustaz dan ustazah memberikan keizinan kepada ahli tertinggi kelab tahfiz iaitu ketua tahfiz, penolong ketua, setiausaha dan bendahari untuk tinggal di surau membincangkan kertas kerja. Manakala ahli yang lain beransur balik ke bilik masing-masing.

Aku, Syuhada, Arina dan Izzah kekal di tempat duduk kami sementara ahli yang lain bangun menuju keluar dari surau.

"Mintak semua buat bulatan untuk mudahkan lagi perbincangan kita." Hazirul bersuara membuatkan aku tersentak. Rupanya ketua tahfiz lelaki ialah Hazirul dan aku pula ketua tahfiz perempuan. Memang suatu kebetulan betul.

Kemudian perbincangan kertas kerja dijalankan. Sepanjang perbincangan, aku tak senang duduk sebab mata Hazirul asyik merenung aku lagi-lagi masa aku bercakap melontarkan idea. Ahli lain yang ada kat situ pun perasan, dan sempat lagi mengusik aku dan Hazirul depan-depan.

End of flashback

"Yang dia duk pandang aku masa kita bincang paperwork tu?" Soalku setelah mengingati kembali apa yang berlaku semasa perjumpaan kelab tahfiz petang semalam.

"Yes. Masa tu memang jelas sangat nampak dia sukakan kau. Lagi-lagi masa Faiz, Hasif dengan Daniel duk usik dia dengan kau, dia siap senyum lagi. Takkanlah tu tak cukup bagitau kau yang dia suka kau." Ujar Syuhada panjang lebar.

"Mungkin adalah sikit rasa suka tu kat dia tapi aku tak suka budak-budak laki asyik ejek aku dengan dia. Makin lama makin rimas."

"Eleh rimas ke suka." Syuhada mengenyitkan mata.

Belum sempat aku membalas, perbualan kami terhenti kerana Cikgu Hamidah, guru Bahasa Melayu masuk ke kelas.

🌸🌸🌸🌸🌸

To be continued

[C] Perjalanan Hijrah (Kisah Benar)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang