50

455 46 0
                                    

Tinggal lagi 2 bulan sebelum peperiksaan SPM bermula. Pelajar-pelajar Tingkatan 5 semakin sibuk membuat persiapan. Aku akhirnya boleh menarik nafas lega apabila majalah sekolah telah pun siap dan sudah dihantar ke kilang untuk dicetak. Akhirnya aku dan ahli kelab BPP yang lain sudah tidak perlu lagi datang ke sekolah setiap hujung minggu. Tibalah masa untuk aku memberikan fokus sepenuhnya kepada peperiksaan SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Aku dan Fitriah melangkah masuk ke dalam bilik tayangan yang boleh menempatkan sehingga 200 orang pelajar. Hari ini ada Bengkel Bahasa Melayu untuk semua pelajar Tingkatan 5. Biasalah semakin dekat dengan exam, semakin banyaklah bengkel dan kelas tambahan.

Kami melabuhkan duduk di barisan kedua hadapan. Baru ada beberapa orang pelajar di dalam bilik itu. Masih ramai lagi yang belum datang. Disebabkan hari ini hari Sabtu, hari cuti sekolah, jadi mungkin ada yang terlewat bangun.

"Kau nak pergi mana?" Soal Fitriah apabila melihat aku tiba-tiba bangun dari tempat dudukku.

"Nak tunggu mak aku sampai. Nak ikut jomlah." Ajakku.

"Boleh jugak. Duduk dalam ni bukan buat apa pun. Lagipun lambat lagi bengkel nak start." Fitriah bangun menuruti langkahku keluar dari bilik tayangan.

Kami berdua menuju ke tapak perhimpunan lalu melabuhkan duduk di atas bangku yang disediakan di situ. Aku menjeling jam di tangan. Pukul 7.48 pagi. Kejap lagi umi sampailah ni.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta Honda City hitam meluncur masuk melepasi pintu pagar sekolah dan berhenti di tapak perhimpunan, tidak jauh dari tempat kami duduk. Aku bangun lalu menuju ke kereta tersebut. Fitriah di belakang mengekoriku.

"Hai umi." Ujarku sebaik sahaja pintu kereta sebelah pemandu dibuka dari dalam.

"Haa kakak sihat?" Umi memelukku erat.

"Alhamdulillah sihat. Umi sihat? Rindunya lama kakak tak jumpa umi." Aku melepaskan pelukan.

"Alhamdulillah umi sihat. Tu lah lama dah kakak tak balik rumah."

"Nak buat macam mana umi. Kitorang student Form 5 kena kurung. Tapi warden cakap minggu depan boleh balik."

Realiti apabila bergelar pelajar Tingkatan 5, semakin dekat dengan SPM, semakin jarang kami pelajar asrama dibenarkan untuk pulang ke rumah kerana setiap hujung minggu ada bengkel ataupun kelas tambahan. Nak buat macam mana, terpaksalah berkorban untuk seketika.

"Tak apa lah kakak. Berkorban sekejap. Dah habis SPM nanti duduk lah rumah puas-puas." Suara lembut umi menenangkanku.

"Eh lupa pulak. Umi, kenalkan ni Fitriah, kawan kakak yang paling rapat. Dia lah yang kakak selalu cerita kat umi tu."

"Apa khabar makcik? Saya Fitriah." Fitriah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ibuku.

Umi menyambut huluran tangannya. "Alhamdulillah khabar baik."

Aku menjeling jam di tangan. Jarum jam menunjukkan pukul 7.56 pagi.

"Umi, dah pukul 7.56. Nanti lambat pulak." Ujarku.

"Eh ya lah. Kakak tolong ambilkan laptop umi kat tempat duduk belakang."

Aku membuka pintu belakang lalu mengambil beg laptop. Umi mengunci kereta, kemudian kami bertiga berjalan menuju ke bilik tayangan. Aku dan Fitriah berjalan beriringan manakala umi mengekori kami di belakang.

Sebaik sahaja melangkahkan kaki ke dalam bilik tayangan, aku meletakkan beg laptop di atas meja guru. Beg itu aku buka lalu laptop umi aku keluarkan. Aku membantu umi untuk menghidupkan laptop dan menyambung wayar bateri laptop. Terasa semua mata yang ada dalam bilik itu memandangku yang berada di depan. Telingaku juga menangkap bisikan-bisikan halus dari mereka.

Sesudah itu, aku kembali ke tempat dudukku bersebelahan dengan Fitriah. Tepat jam 8 pagi, umi mengambil mikrofon lalu memulakan bengkel.

Ya ibuku merupakan guru jemputan yang dipanggil oleh pihak sekolah untuk mengajar dalam Bengkel Bahasa Melayu pagi ini. Pengalaman umi sebagai guru pemeriksa kertas SPM Bahasa Melayu selama 15 tahun membuatkan umi sering dipanggil menjadi guru jemputan di kebanyakan sekolah menengah di daerah ini, termasuklah di sekolahku kali ini.

🌸🌸🌸🌸🌸

To be continued

[C] Perjalanan Hijrah (Kisah Benar)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang