NEVES

17 4 2
                                    

[ AUTHOR POV ]

" INI bilik kau. Kau boleh berehat, petang nanti turun untuk minum petang." Terang K.G.

"Bosan lah duduk terperuk dalam bilik je. Aku tak boleh pergi mana mana ke? Aku pun takde benda nak kemas." Gumam Kris. Tapi masih dapat didengari oleh K.G.

" Nah. Ini black card yang dah di daftar bawah nama kau. Jadi kalau kau nak beli apa-apa terpulang." Kata Kris sambil menghulurkan black card tersebut.

Setelah Kris mengambil card tersebut.

K.G terus mendekatkan mukanya ke Kris.

"Ingat. Jangan kau terfikir nak berhenti bekerja di sini. Kau dah terikat di sini. Kau pun faham kan, dah baca peraturan tadi. And, kau kata kau bosan kan. Pergi lah dapur tolong maid ke. Berkenal kenalan dengan semua orang." Kata K.G lalu terus menjarakkan mukanya dari Kris.

Kris hanya memandang jengkel ke arah K.G.

Dia menutup pintu bilik tersebut lalu terus ke dapur yang berada di bawah.

Sampai di dapur, terlihat 3 orang maid sedang menyediakan makanan untuk minum petang.

Salah seorang maid yang terperasan akan kehadiran Kris itu menegur Kris.

"Selamat petang, cik muda Kris. Apa yang boleh saya bantu?" ujar maid itu sambil mengukirkan senyuman manis.

Kris membalas senyuman maid itu.

Hanya sedikit sahaja bibirnya menaik. Buat mana yang patut sahaja. Tak perlu senyum ramah sangat.

Kris kembali mengerutkan dahi setelah teringat akan gelaran yang di gelar oleh maid di depannya.

"Cik muda?" soal Kris keliru.

Maid itu mengangguk perlahan masih dengan senyumannya.

"Kenapa-" belum sempat Kris menyoal, ada seorang gadis yang menyampuk.

"Itu memang adat dekat sini. Kau kena biasa kan diri." kata gadis itu sambil memandang ke arah Kris serupa mengimbas diri Kris.

Kris hanya diam dan mengagak bahawa gadis di depan ini ialah salah satu fighter di sini.

"Aku Dyana.. Kau?" soal gadis itu sambil menghulurkan tangannya ke depan.

Kris menyambut lalu memperkenalkan dirinya. Yalah tak nak di cop sombong pula.

Maids yang dari tadi diam memerhati turut memperkenalkan diri mereka.

"Saya Sakora. Saya kacukan jepun dan Korea. Saya berusia 50 tahun. Boleh panggil saya Sakora je." ujar maid yang tadi menyoalnya macam-macam.

"Yang sedang membuat air tu, namanya Yoora. Dan yang sedang menyusun pinggan di depan itu namanya Hara. Kami semua sebaya." terang Sakora.

Kris hanya mengangguk perlahan.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal Kris yang sudah mula bergerak ke arah singki.

"Eh tak mengapa cik muda, semuanya hampir siap." ujar Sakora sambil menarik Kris supaya menjauh dari singki.

Kris menarik tangan yang di genggam oleh maid tadi.

"Takpe saya nak tolong sebab saya bosan. Boleh lah ye." ujar Kris sambil mengukirkan senyuman manis.

Killer [OG] Skz, Ateez,Ab6ix,ExoWhere stories live. Discover now