EVIF

13 4 3
                                    


"SKREETT!!"

Kris lantas menghentikan papan luncur miliknya apabila sesuatu telah berjaya menarik perhatiannya.

Kertas yang tergantung di public phone itu di ambilnya.

TAWARAN BEKERJA
DI FOX-A
○○○○○○○○○
● Fighter
Cleaner
Semua keperluan anda akan kami sediakan. Rumah,black card dan lain-lain.
(HANYA UNTUK FIGHTER)

FAX: xxxx-xxx xx
NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:
xxx-xxx xxxx

Berkerut dahi Kris dibuatnya. Mungkin dia patut mencuba nasib.

Nombor yang tertera di hubunginya.

"Selamat pagi, FOX-A sedia berkhidmat. Apa yang saya boleh bantu?" Suara operator itu menyoal.

"Aku ada ternampak notis yang syarikat kau perlukan fighter. Betul ke?" Soal Kris.

"Ya, betul Cik."

"Semua keperluan akan disediakan? Termasuk barang peribadi aku."

"Ya, betul itu Cik. Tetapi barang peribadi seperti pakaian dalam perlu di beli oleh Cik sendiri. Kami akan berikan black card kepada cik."

"Baiklah, aku berminat. Beritahu bos kau, seorang manusia bernama Kris akan datang untuk interview. Chau."

Kris terus meletakkan gagang telefon tanpa mendengar penjelasan lanjut oleh pekerja tersebut.

Seketika kemudian dia terus menepuk dahinya.

"Damn. Macam mana kau boleh lupa ni Kris."

Dia baru sedar yang alamat syarikat tidak tertera di kertas itu.

"The heck. Kertas punya besar. Tapi alamat syarikat pun takde. Kedekut betul. Ink tu bukan mahal mana." Keluh Kris.

Dia buat keputusan untuk terus merungut dan merungut.

Tanpa Kris sedar ada sebuah kereta yang berhenti di sebelah Kris.

Tingkap kereta itu diturunkan separuh.

Kris yang terdengar bunyi itu, memandang ke arah punca bunyi tersebut.

"Hop in." Kata lelaki yang memandu kereta tersebut.

Kris tanpa berlengah terus memasuki kereta tersebut.

Kris memakai tali pinggang keledar.

Kereta itu terus meluncur laju.

"Macam mana kau boleh terfikir nak ikut aku? Tak takut kene bunuh ke?" Soal lelaki itu.

"Kalau kau nak bunuh aku dah lama kau bunuh. No need to do all this . Kenapa aku nak takut dengan kau? Kalau dah sampai ajal aku, aku akan mati juga. Semua akan mati bro." Balas Kris senada.

Killer [OG] Skz, Ateez,Ab6ix,ExoWhere stories live. Discover now