ENIN- REVEAL

11 3 2
                                    




FIGURA  dihadapannya di tenung lama oleh Kris.

'Betulah.. mamat ni yang muncul dekat dalam mimpi aku.'

"How do you feel, Kris?" Soal San lemah lembut.

Kris tersentak.

'Suara dia pun sama!'

Tanpa berfikir panjang.. Kris terus mendekati San lalu menyelak baju milik lelaki itu dan menilik dadanya.

Terus terundur ke belakang Kris apabila melihat lambang bulan yang terdapat di dada lelaki itu.

"Siapa kau sebenarnya.. Kenapa kau muncul dalam mimpi aku?!" Soal Kris. Tidak mungkin ini ialah hanya satu kebetulan. 

San tergelak kecil.

Kris menayangkan riak jengkel kepada lelaki tersebut.

'Aku tanya boleh pula dia gelak.' Desis hati Kris.

"Relax.. seperti yang kau dah tahu. Nama aku San, dan aku kekasih dari masa lampau kau." Ujar San tenang.

"Kekasih?" Soal Kris.

Tiba-tiba, telinga milik Kris berdesing kuat. Pelbagai kepingan memori yang dia tidak pernah tahu kewujudannya bermain di dalam pemikirannya.

Kris jatuh terduduk di katil milik San.

Kepalanya berdenyut sakit.

"AARGHH!!" Kris mengerang kesakitan.

Suara Kris yang mengerang kesakitan itu menarik perhatian Sehun dan Suho yang berhampiran.

Sehun bergegas masuk ke dalam bilik Kris.

Manakala Suho hanya selamba berjalan perlahan.

"Kris!" Teriak Sehun risau.

Dia memandang figura San yang sedang berdiri di hadapan Kris yang sejak tadi mengerang menahan sakit di kepalanya.

"K-kau-" Baru sahaja Sehun mahu menyerang San, Suho sudah tiba di bilik tersebut lalu menahan Sehun.

"Biar kan dia. Dia tahu apa yang perlu dia buat."

"Tapi-" Percakapan Sehun terpotong sekali lagi apabila Suho menyuruh dia melihat ke arah San dan Kris.

Membuntang mata Sehun apabila melihat lambang bulan di leher Kris yang di tekap oleh San itu bersinar dengan cahaya biru.

San hanya tersenyum lembut. Dia sedang menolong gadis itu meningat kembali kisah silam mereka berdua.

Mata Hazel milik Kris bertukar menjadi warna biru. 

Kepeningan yang dihadapi oleh Kris dari tadi mula memudar.

Bebola berwarna merah yang keluar dari lambang bulan di leher Kris itu berterbangan di awangan.

San tersenyum nipis.

"Terima kasih Kun.. dah jagakan Audrea untuk aku selama aku berehat."

Bebola itu hanya pusing mengelilingi San lalu lesap dengan tiba-tiba.

Kris yang masih duduk di katil milik San itu mendongak memandang San.

"San..?" Soal Kris.

"Audrea.. dah lama kau tunggu aku?" Ujar San sambil tersenyum lebar. Tangannya di depa luas.

"San!!" Teriak Kris lalu mendakap tubuh lelaki itu.

San membalas pelukan erat Kris itu.

Tangisan halus mula kedengaran di balik dada milik San itu.

Naabot mo na ang dulo ng mga na-publish na parte.

⏰ Huling update: Mar 20, 2022 ⏰

Idagdag ang kuwentong ito sa iyong Library para ma-notify tungkol sa mga bagong parte!

Killer [OG] Skz, Ateez,Ab6ix,ExoTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon