BAB 15

8.3K 722 45
                                    

Daryan mengeling sekilas gadis di sebelahnya. Wajah itu merenung kosong ke luar tingkap. Tiada suara yang kedengaran sejak mereka masuk ke dalam kereta. Daryan mengetuk stereng kereta. Riak dia seakan berfikir sesuatu. Tiba di satu persimpangan, Daryan membelok ke kanan. Memasuki kawasan pedalaman. Keluar dari susur jalan raya.

Delisha mengenyit dahi hairan. Tapi, mulut dia terasa berat mahu bertanya. Jadi dia memutuskan untuk terus diam. Masih protes lagi. Dia tidak suka dipaksa-paksa. Apatah lagi dengan lelaki di sebelahnya. Yang bakal jadi suami dia. Bakal ya. Belum suami lagi.

Daryan menghentikan kereta di hadapan pagar tinggi. Seorang lelaki memegang senjata mendekati kereta Daryan dengan wajah seriusnya. Delisha takut melihat lelaki itu. Tapi wajahnya cuba ditenangkan.

"Tuan!"

Lelaki itu segera menurunkan senjata apabila wajah Daryan terjengul dari cermin tingkap kereta yang diturunkan. Lelaki itu segera menekan satu alat, lalu pintu pagar yang tinggi itu terbuka lebar.

Daryan dengan wajah tanpa senyuman masuk ke dalam kawasan mansion itu. Mansion yang sangat besar dan mewah. Berwarna putih. Ada air pancut di tengah-tengah laluan. Daryan memandu keretanya hingga ke dalam garaj. Ada berpuluh lagi kereta mewah dan sport di dalam garaj. Delisha terkesima melihat kemewahan mansion itu.

Melihat Daryan melangkah keluar dari keretanya. Delisha bergegas keluar dan sedikit berlari menyamai langkah besar Daryan. Dia mendengus di sebelah lelaki itu. Daryan pula menyimpul senyuman. Nak saja dia gomol wajah comel Delisha waktu itu juga.

"Kita dekat mana ni awak?"

Daryan menoleh. Sementara itu, mereka menaiki lif yang menghubung ke tingkat atas. Garaj kereta Daryan berada di bawah tanah. Delisha melihat kecanggihan lif itu. Mewah sangat.

"Rumah aku" balas Daryan selamba. Delisha sudah tercengang. Takkan lah?

"Jangan kau ingat aku ni sengkek sangat sebab asyik menumpang rumah kau" dahi gadis itu ditunjulnya perlahan

Delisha mencebik bibir. Macam lah dia hairan. Macam riak pun ada. Delisha memeluk tubuh. Tidak lama itu, pintu lif terbuka lebar. Daryan melangkah keluar dengan wajah seriusnya. Mendekati tiga orang lelaki yang asyik bermain snooker di ruang game.

Afifi, Haikal dan Eric yang rancak bermain terus terhenti apabila terdengar derap kaki yang mendekati mereka. Eric tersenyum melihat kedatangan Daryan. Haikal pula mengelabah melihat Delisha di belakang Daryan. Mahu menyorok, sudah terlambat. Kerana Delisha sudah nampak kelibatnya.

"Eh? Korang buat apa dekat sini?" Laju Delisha menyoal. Hairan, melihat ketiga kawan lelaki dia berada di mansion Daryan.

"Ahh...err...kami...kami...kami saja je datang sini. Haa, bosan. Sebab bosan" jawab Haikal tanpa berfikir panjang.

Eric dan Afif menepuk dahi mereka. Apa ke benda jawapan yang Haikal bagi ni. Dengar pun macam tak logik dah. Afif menepuk kuat belakang kepala Haikal.

"Sakit lah bongok!" Marah Haikal. Boleh bengong dia kena tampar macam tu hari-hari.

"Kau lah. Bagi jawapan macam budak darjah satu! Budak darjah satu pun tak macam kau!"

Daryan duduk di atas meja snooker. Mengambil sebiji bola snooker dan dimainkan olehnya. Riak dia serius saja. Delisha pula memandang Haikal dan Afif yang saling bertikam lidah.

"Korang kawan Daryan ke?"

"Haah. Kami kawan" balas Afif laju. Jawapan paling selamat.

Takkan nak bagitahu kepada Delisha yang mereka merupakan anak-anak buah Daryan. Sedangkan, selama ini pun mereka nampak macam tanam anggur. Sertai lumba haram. Keluar masuk lokap. Kecuali Haikal. Dia baik sikit. Boleh buat calon suami. Cuma nakal je lah.

DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•Where stories live. Discover now