BAB 19

8.5K 740 51
                                    

"Esok kita kahwin!"

Huk! Huk!

Delisha tersedak nasi. Berair airmatanya menahan rasa perit dan Faez segera menghulurkan air untuk kakaknya. Daryan masih selamba menyuap nasi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku di meja makan itu. Delisha terbatuk-batuk. Sungguh, dia sangat-sangat terkejut.

"Awak ca...cakap apa tadi?" Delisha memandang wajah tunangnya.

"Kita kahwin esok. Majlis simple je. Kita nikah dekat pejabat agama dan majlis resepsi kita buat nanti. Aku kena balik Italy. Ada masalah sikit dekat sana" ujar Daryan dengan sedikit penjelasan.

Dia bukan saja-saja nak ajak anak orang kahwin mendadak macam tu sekali. Dia sudah bincang dengan Tan sri Hanz dan Mama Aisyah. Mereka bersetuju sahaja dan buat mana yang wajib sahaja. Majlis nikah boleh tangguh dahulu.

"Tak mendadak sangat ke? Muka saya pun ada lebam lagi ni. Tak ke tok kadi nanti tanya saya macam-macam? Elok-elok boleh kahwin terus tak jadi. Dia ingat awak dera saya..." balas Delisha dengan wajah seriusnya. Tangan kirinya menyentuh kesan luka di tepi bibirnya.

Daryan memandang Delisha dengan wajah kosongnya. "Aku tembak dia sampai mati. Kita cari tok kadi lain" mudah betul dia memberi jawapan.

Delisha dan Faez melongo mendengar jawaban dari Daryan. Sangat-sangat di luar akal mereka. Apa? Ingat Malaysia tak ada undang-undang ke? Suka hati nak tembak orang sana sini. Delisha tidak habis fikir macam mana kelaknya kehidupan dia bersama dengan lelaki itu.

"Aku dah settle semuanya. Kau jangan risau, papa dah uruskan hal dekat pejabat agama sana. Mama dah uruskan pasal makan-makan. Kita sedekah dekat rumah anak yatim dan jiran-jiran. Kau cuba get ready to be my wife je esok."

Sungguh, Delisha hilang kata-kata. Menguis nasi yang masih berbaki di dalam pinggannya. Faez pula memang sudah maklum, jadi dia tidak terkejut sangat. Cuma, dia belum bersedia lagi untuk berjauhan dari kakaknya.

"Berapa lama kita dekat Itali?"

"Tiga tahun"

Mata Delisha membulat besar. Tiga tahun, masa yang cukup lama. Daryan yang sudah selesai makan, mengelap mulutnya. Memandang wajah muram cik tunang. Dia faham, pasti gadis itu belum bersedia berjauhan dari keluarganya.

Tetapi, Daryan tiada cara lain. Pakciknya di Itali menghubunginga untuk mengambil alih syarikat mendiang bapanya di sana. Menguruskan harta warisan dan menstabilkan syarikatnya di sana. Dia perlu masa tiga tahun untuk menguruskan segalanya di sana sebelum betul-betul menetap di Malaysia.

"Kau jangan risau, tiga bulan sekali kita balik jenguk mama dan papa. Aku janji" ucap Daryan dalam nada lembutnya.

Wajah Delisha kembali cerah. Dia mengangguk kecil.

"Baiklah. Saya akan ikut awak ke sana" putus Delisha dengan senyuman kecilnya.

Daryan menghela nafas lega. Betullah kata Tan sri Hanz. Memujuk Delisha sangat senang. Mengingatkan Delisha juga agak nakal. Daryan harus mencari cara untuk menjinakkan Delisha nanti.









































Airmata Delisha laju turun ke pipi apabila kalimat 'sah' kedengaran cukup lantang dari para saksi yang hadir di pejabat agama itu. Dia kini sudah bergelar isteri kepada Daryan. Tidak sangka, di pagi jumaat dia sudah sah bergelar isteri dan satu tanggungjawab cukup besar akan dipikul olehnya tidak lama lagi.

Mama Aisyah memeluk erat Delisha. Begitu juga Qistina yang menangis berpelukkan di belakang. Pihak lelaki pula tersenyum gembira dan sangat bersyukur kerana hari pernikahan Delisha dan Daryan berjalan dengan lancar sekali. Tan sri Hanz meletakkan tanggungjawabnya kepada Daryan untuk membimbing dan melindungi Delisha.

DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•Where stories live. Discover now