BAB 8

7.7K 778 52
                                    

"Kau okay?"

Tengku Zahin menyapa sahabatnya yang asyik merenung sesuatu. Dia sendiri terkejut dengan kejadian tadi. Nasib baik dia tidak menjemput mana-mana pihak media kerana dia tidak mahu menjadi liputan mana-mana majalah atau berita mengenainya.

"Erm okay" balas Daryan ringkas. Malah dia beberapa kali menyembur pewangi bagi menghilangkan bau yang tidak enak di hidu itu. Tahi kucing kut tercampak di tubuhnya.

Tengku Zahin akhirnya melepaskan tawanya. Mujurlah majlis sudah lama berakhir dan dia juga sudah menukar pakaian. Hanya tinggal saudara mara dan sahabat dekat keluarga mereka sahaja.

Daryan menjeling sahabatnya. Ingin saja dia menumbuk wajah kacak itu biar lebam. Gelak-gelak. Potong lidah tu baru tahu. Daryan berkata di dalam hati. Berang juga dia bila dia mengingati kembali.

Tetapi Daryan menjadi hairan, wajah gadis itu kelihatan menyimpan beribu luka disebalik wajah cerianya. Semasa mereka bertatapan tanpa sengaja, Daryan akui gadis itu mempunyai tarikkan dia sendiri. Tidak seperti wanita-wanita yang bersamanya sebelum ini.

Gadis itu- lain daripada yang lain. Daryan tersenyum sinis dalam diam. Dia boleh membuat semua perempuan tunduk di kaki dia, kenapa tidak dengan gadis itu.

"Maaf lah. Adik ipar aku yang sorang tu memang perangai dia luar alam sikit. Itu pun Qis yang cerita serba sedikit tadi. Tapi kau jangan risau, Isha tu sebenarnya baik. Ada sebab dia jadi macam tu..."

Daryan hanya mengangguk. "Tapi tak sangka pula kau yang terkena target dia. Elok pula tu landing atas dada kau. Erm...kalau aku memang kat situ dah aku kerjakan orang tu!" Sambung Tengku Zahin

"Itu kau. Bukan aku. Well, adik ipar kau pun boleh tahan..." Daryan menjungkit kening tinggi.

Mata Tengku Zahin membulat besar.

"Woahh...a big no bro! Aku tak akan bagi kau dekat-dekat dengan Isha. Dia tu dah macam adik aku. Walaupun aku ni cuma abang ipar, tapi aku tak akan bagi pada lelaki buaya macam kau..."

Daryan hanya tergelak sinis. Tengku Zahin tidak habis fikir jika Daryan dapatkan Delisha. Entah-entah dah dapat apa yan dia nak, dicampak macam tu je. Bukan dia tidak kenal perangai Daryan. Dah macam setan.

"Aku tak bodoh lagi lah. Lagipun perempuan lain. Erm...aku nak dia..." ujar Daryan serius.

"Sudahlah Noah. Dia bukan mainan untuk kau..." bahu Daryan ditepuk beberapa kali oleh Tengku Zahin. Dia tidak habis fikir jika Delisha jatuh ke tangan Daryan.

"Aku gerak dulu. Bini aku dah panggil tu..."

Tengku Zahin berlalu meninggalkan Daryan di bawah khemah. Dari jauh, kelihatan Qistina melambai tangan ke arah Tengku Zahin. Mereka sudah berjanji untuk mencuci periuk belanga di belakang dapur.

Daryan memandang ke arah sebuah bilik yang masih terang benderang. Hari pula semakin gelap, mendung kerana mahu hujan. Daryan mengingat kembali wajah Delisha. Cantik. Sangat cantik. Bagi dia, Delisha seorang perempuan yang istimewa kerana berjaya menjentik hati seorang setan macam dia ni.

"Very well baby. You will be mine soon!"
















Qistina tersenyum malu apabila dirinya dijadikan bahan usikkan pada malam itu. Sudah pasti, pipi sudah kemerahan. Ini saja dia menyorok di mana-mana kalau boleh. Mentang-mentang dia pengantin baru, boleh pula mengusik dia mengenai hal-hal sebegitu.

Tengku Zahin pula elok saja ketawa di sebelah dia. Lelaki itu- Qistina pasti suaminya memang tidak ada rasa malu apabila dibahan mengenai hal-hal sebegitu. Dia pula yang ingin mengetuk kepala semua orang yang asyik mengejeknya.

DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•Where stories live. Discover now