5 | Equal

217 29 1
                                    

Rina's POV :

Ary nampak marah sepanjang perjalanan kami ke bilik pengetua. Aura tegang terhasil dari tubuhnya. Mataku melirik sekilas ke arah Nia yg berjalan di sebelahku. Gadis itu turut kelihatan tegang namun matanya dipenuhi perasaan bersalah. Aku pun tak pasti sebenarnya siapa yg salah tapi apa yg aku pasti, ketegangan dua rakan baikku ini tidak akan bertahan lama.

Perjalanan ke bilik pengetua di bahagian paling bawah bangunan sangat singkat dan hanya diisi dengan kesunyian. Ketika sudah berhenti di hadapan pintu bilik yg menjadi tujuan, tangan Ary naik mengetuk pintu kayu tersebut sebanyak dua kali sebelum tombol pintu dipulas lalu melangkah masuk.

"Good morning, Aryana." pengetua sekolah kami pantas menyapa dengan senyuman, sudah dapat mengagak kedatangan kami pada pagi itu.

"It's already noon."

Ary membalas dingin tepat saat dia akhirnya berhenti di hadapan dua buah kerusi bertentangan dengan kerusi pengetua yg dipisahkan dengan sebuah meja besar miliknya.

"Uh, it's 11.59 am," pengetua kami membalas perlahan seraya melirik ke arah jam yg melilit di pergelangan tangannya. "Still count." kedua-dua belah bahunya diangkat selamba.

"Whatever," Ary bergumam perlahan dengan wajah bosan di sebelahku.

"So, Ary dah pergi kelas?"  pengetua menyoal masih lagi dengan senyumannya.

"Mhm, and you know what?" kening Ary terjongket naik ke atas. "Ada budak-budak tak guna yg dah spoil habis mood Ary pagi ni." wajah gadis itu serius namun nadanya masih seperti biasa, perlahan namun keras.

"Siapa?" pengetua pantas menyoal namun kali ini wajahnya sedikit berkerut.

"I think I'm the one who are supposed to ask you that question." tangan kanan Ary kini berlabuh di atas meja kayu di hadapannya sekaligus membongkokkan sedikit tubuhnya menghadap pengetua.

"Siapa budak-budak baru Daisy lepas Darkrose keluar dari sini?"

Masih lagi tiada senyuman dari si gadis merah itu sedari tadi manakala aku dan dua lagi rakan baikku pula hanya diam tidak berkutik di dalam bilik berhawa dingin tersebut tanpa berniat untuk mencelah. Aku menoleh sekilas ke arah Fifi dan juga Nia yg berdiri hanya dua langkah di belakangku dan Ary. Wajah masing-masing terpamer tidak berperasaan berhadapan dengan pengetua bagi sekolah elit ini aka bapa saudara kepada sang ketua iaitu Tengku Malik.

"Ohh diaorang berempat tu ke?" lelaki yg agak berumur itu bersuara, baru teringat mengenai pelajar-pelajar lelaki yg dimaksudkan oleh Ary sebentar tadi.

"Yes," anggukan kecil diberikan. "Ary nak file pelajar diaorang."

"For what?" lelaki itu kelihatan agak terkejut dengan permintaan Ary yg tiba-tiba.

Keluhan perlahan Ary kedengaran.

"Just give me their files and Ary takkan pertikaikan apa-apa pun pasal tempat duduk yg uncle dah bagi diaorang semua guna sekarang." tubuh si gadis sudah dirapatkan ke meja bapa saudaranya itu seiring dengan bicara kerasnya.

"Okay okay, kejap." Tengku Malik terus mengangkat kedua-dua tangannya ke atas tanda mengalah. "Uncle akan bagi."

Bangun dari duduknya, langkah terus diatur ke arah bilik kecil yg berada di dalam pejabat besarnya itu untuk mengambil fail-fail pelajar yg diinginkan oleh Ary.

Sememangnya aku dan rakan-rakanku tidak terlalu menyukai akan kenyataan bahawa meja bersebelahan dengan kami berempat sudahpun diduduki oleh pelajar lain. No more spaces.

Memikirkan perkara tersebut, aku mengeluh perlahan.

"Here, their files." Tengku Malik kembali muncul dari bilik kecil di dalam pejabatnya itu lalu menyerahkan empat fail pelajar lelaki yg menyakitkan hati di kelas sebentar tadi kepada Ary.

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now